Evra Label Guardiola Sebagai Perosak Bola Sepak

Patrice Evra berpendapat bahawa Pep Guardiola telah menjadi perosak kepada bola sepak hari ini. Menurut bekas pemain Manchester United itu, Guardiola membuatkan pemain menjadi seperti robot dan tidak kreatif.

Pep Guardiola menjadi pengurus yang seringkali dipuji kerana taktikalnya. Namun di mata Evra pengurus itu ‘berdosa’ dalam membunuh bola sepak.

Evra bercakap begitu ketika sesi podcast dengan Rio Ferdinand. Di mana bekas pertahanan antrabangsa Perancis itu menegaskan bahawa pada hari ini pemain terlalu terikat dengan sistem permainan.

Evra akui bahawa Pep Guardiola salah seorang pengurus terbaik sepanjang zaman. Namun pengurus itu tetap bersalah kerana membunuh bola sepak yang kreatif dan indah kata bekas pertahanan kiri Man United itu.

Dia merindui bola sepak macam dulu dulu,  dengan adanya pemain yang memiliki prestasi memukau dengan skil mereka. Berbanding dengan pemain yang terikat dengan sistem permainan.

Malangnya ramai pemain yang takut untuk  menunjukkan kreativiti dan inovasi mereka kerana risau akan disisihkan oleh jurulatih hanya kerana mereka tidak melakukan hantaran.

Patrice Evra berkata: “Saya rasa Pep Guardiola salah seorang pengurus bola sepak. Namun dia juga telah membunuh bola sepak.

“Orang ramai akan cakap, saya berkata begini sebab [saya] Manchester United dan [dia] Man City. Tidak!

“Sekarang ini kita lihat robot yang bermain bola sepak. Termasuk di dalam akademi sekalipun. Semua orang mahu bermain dengan cara Guardiola.

“Penjaga gol mahu bermain seperti no.10.

“Pertahanan sepatutnya mereka melakukan bentesen dan hulur kepala, buat benda benda macam tu la, namun sekarang orang nak bermain cantik.

“Tiki taka ini hanya berhasil untuk Pep Guardiola. Tetapi kenapa semua orang nak meniru Guardiola?

“Kita sekarang tiada kreativiti, dan kita tiada lagi pemain genius macam Ronaldinho atau Eden Hazard lagi. Kerana ketika mereka masih muda, jurulatih sudah beritahu mereka: ‘jika kamu tak menghantar bola, saya akan letakkan kamu di bangku simpanan’.”

Pep Guardiola dianggap revolusioner dalam taktikal bola sepak. Dia menempa banyak kejayaan bersama Barcelona, Bayern Munich dan kini di Man City.

Ramai pengurus moden bola sepak pada hari ini menjadikan Guardiola sebagai rujukan. Misalnya, Roberto De Zerbi yang terang terangan mengakui dia pengikut setia falsafah Pep Guardiola yang berasaskan permainan menyerang serta hantaran pendek.