Evra Tembak Luke Shaw Sebagai Pemalas!

Patrice Evra telah melemparkan kritikan kepada Luke Shaw – pemain bek kiri United – posisi beliau satu ketika dahulu.

Evra menganggap pemain pertahanan itu terlalu malas sehingga Manchester United bolos gol pertama menentang Crystal Palace.

The Red Devils menderita kekalahan pertama sebagai menjadi tuan rumah kepada Crystal Palace di Old Trafford.

Pada perlawanan itu, United bolos seawal minit ketujuh. Bermula dari kesalahan Lindelof yang silap jangkaan, Schlupp berjaya menghantar umpanan kepada Andros Townsend yang tidak dijaga dengan baik oleh Shaw.

Evra menuduh Shaw malas kerana tidak menjaga Townsend dengan betul. Di mana sikap Shaw itu membuatkan Townsend mendapat ruang yang besar.

Evra dalam analisisnya berkata: “Saya rasa itu adalah kemalasan. Dia harus memecut kembali ke garisan selari dengan Lindelof.”

“Itu keutamaannya. Tengok kat sini, dia terlalu ke belakang dan sekarang dia nak kembali semula ke garis selari dengan pertahanan lain.”

“Dia sudah melihat di bahunya, kemudian menoleh lagi, dan kemudian dia tak melakukannya lagi, dia meneka / mengagak Townsen berada di sini. Tetapi dia berdepan dengan situasi paling buruk.”

“Saya melakukan kesalahan seperti itu ketika seseorang melintas dan ianya kerana saya tidak berlari.”

“Sebagai bek sisi, Anda harus berada setara dengan bek tengah dan dia [Shaw] harus berlari pantas untuk menyamakan garis kedudukan dengan Lindelof.”

Evra menganggap bahawa kesalahan Shaw itu membawa maut. Itu yang memerlukan Shaw segera perlu menebusnya selepas memberikan ruang besar.

“Anda dapat melihat dia cuma meneka situasinya, dan saya menyebut tentang kemalasan itu. ”

Evra kemudian menjangkakan mungkin Luke Shaw cedera atau ada kesakitan. Kalau tak, mustahil dia berlari seperlahan itu.

“Luke Shaw mungkin mengalami kecederaan dan dia tidak memiliki kepantasan seperti sebelum ini.”

“Mungkin sekarang dia harus menyesuaikan permainannya kerana dia tidak sepantas seperti sebelum ini. Dia tidak boleh bermain meneka seperti itu lagi.”

Evra kemudiannya menyatakan beliau kini sudah letih dengan prestasi terumbang ambing United dan berharap pasukan beliau itu akan maju jaya.

 

Baca yang lain