Evra Tuduh Erik Ten Hag Tak Menghormati Ronaldo

Thierry Henry dan Patrice Evra kedua-duanya telah bersetuju dengan tindakan Cristiano Ronaldo untuk terus pergi ke terowong lebih awal ketika – sebelum perlawanan tamat.

Evra pula menganggap Ten Hag sebagai tidak menghormati Cristiano Ronaldo.

Insiden itu berlaku pada aksi Manchester United menewaskan Tottenham pada hari Rabu. Memandangkan sudah jelas dia tidak akan dimasukkan dari bangku simpanan, Ronaldo mengambil tanggungjawab untuk kembali ke bilik persalinan pada minit ke-89.

Superstar Portugal itu terkeluar sekali lagi daripada kesebelasan utama Erik ten Hag ketika United menerima kunjungan pasukan Antonio Conte. United menguasai 90 minit dan mejaringkan 2 gol untuk meraih 3 mata berharga.

Sepakan melencong Fred meletakkan Red Devils di depan sejurus selepas separuh masa kedua bermula dan Bruno Fernandes menggandakan kelebihan dengan percubaan lencong yang baik. Hugo Lloris berada dalam prestasi yang baik di gawang untuk pasukan pelawat. Namun tidak berdaya menghalang kesemua 28 percubaan ke arahnya.

Tetapi Ten Hag tidak melihat keperluan untuk membawa masuk Ronaldo, keputusan yang tidak digemari  pemain berusia 37 tahun itu, kerana dia sudah terlepas beberapa perlawanan menentang pasukan besar sebelum ini termasuk Liverpool dan Manchester City.

Oleh kerana kecewa, dia telah menuju ke terowong ketika perlawanan masih berlangsung.

Tetapi apabila ditanya mengenai insiden itu, bekas pemain hebat Arsenal, Henry enggan memperkatakannya lebih banyak berbanding prestasi United.

Dia berkata di Amazon Prime Video: “Saya tidak tahu, itu sesuatu yang perlu ditangani oleh pengurus.”

“Ada satu perlawanan, permainan yang hebat untuk Manchester United, cerita itu tidak sepatutnya berkaitan dengan Ronaldo pergi keluar awal. [Tidak dia tidak harus menjadi tajuk utama berita], bukan untuk saya, bukan untuk saya.”

Bekas bek kiri United, Evra bersetuju dengan bekas rakan sepasukan antarabangsanya. Dia mencadangkan mungkin ada sebab yang sah mengapa Ronaldo pergi.

Evra menuduh Erik Ten Hag sebagai tidak menghormati Cristiano Ronaldo sejak layanan pengurus itu terhadap rakan baiknya itu ketika derbi Manchester.

“Selepas perlawanan menentang Manchester City, Ten Hag berkata, Ronaldo tak dimasukkan kerana dia mahu menjaga maruah Cristiano Ronaldo.”

“Jika dia benar benar menghormati pemain ini, maka turunkanlah Ronaldo setiap perlawanan.”

Evra berkata: “Saya fikir semua orang berbeza, saya mahu kekal dalam preastasi terbaik, ia bukan untuk melindungi Cristiano atau apa sahaja. Kita tidak tahu sama ada dia dah cakap kepada Ten Hag, saya akan masuk [bilik persalinan] dan kita pula akan buat cerita cuma tunjuk dia beredar.”