Gabriela Cavallin menuduh Manchester United bersekongkol untuk menutup kejahatan Antony. Dan mahu polis di Brazil turut menyiasat Man United.
Dia yang diwakili oleh peguamnya telah meminta agar polis Brazil turut menyiasat Manchester United, atas tuduhan cuba melindungi penjenayah.
Antony disiasat untuk kes keganasan rumah tangga. Walaupun sekadar teman wanita, namun di Barat sana, kalau kau duduk sekali, dianggap pasangan hidup. Bila kau pukul pasangan yang sebumbung dengan kau dianggap keganasan rumah tangga atau keganasan domestik.
Manchester United akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi mereka semalam berkaitan kes Antony. Cavallin bengang kerana kenyataan itu seolah olah menunjukkan kelab itu tidak mahu melakukan tindakan tegas ke atas Antony.
Club statement.
— Manchester United (@ManUtd) September 6, 2023
Man United kelihatan tidak tegas dalam kenyataan mereka.
Gabriela kemudian Cavallin menuduh Man United ada komplot dengan Antony dalam kes ini.
Cavallin mendakwa Antony sebelum ini menghubungi Man United meminta bantuan tentang apa yang dia harus lakukan selepas dia mencederakan Gabriela Cavallin sehingga rosak payudara silikon yang dipasangnya.
Menurut peguam Cavallin ada pegawai khas dalam kelab Man United yang sentiasa sedia membantu pemain mereka yang memerlukan sokongan termasuk ‘mencuci taik’ yang telah dibuat para pemain.
Ini semua untuk menjaga imej dan reputasi kelab itu. Seorang pegawai bernama Daniel Bertolli telah dikerahkan untuk ke hotel Grand Hyatt.
Peguamnya, Daniel Biaski menyatakan bahawa, kelab Man United telah memanggil doktor khas ke hotel Grand Hyatt tempat Antony dan Gabriela menginap ketika itu.
Peguam itu yakin tindakan menghantar doktor ke hotel adalah untuk mengelak Gabriela mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. Kerana doktor pasti akan bertanya siapa yang mencederakannya.
Oleh itu, Daniel Bialski yakin doktor itu dihantar oleh Man United dalam usaha mereka mahu menutup jenayah dilakukan Antony.
Kini pihak peguam Gabriela Cavallin berusaha mendapatkan rakaman CCTV pada hari kejadian.
Menurut laporan ESPN, terdapat 2 orang doktor pada masa itu membantu Cavallin. Dan dia mendakwa kedua dua doktor itu bekerja untuk Man United.
Tuduhan terbaru ini telah mendapat perhatian ramai. Kerana sebelum ini Man United dikritik hebat ketika mengendalikan kes Mason Greenwood.
Gabriela Cavallin mahu berhubung dengan polis di Greater Manchester.
Man United sudah mendapat tahu tentang dakwaan ini dan menafikan penglibatan mereka dalam masalah rumah tangga Antony dan Gabriela.
🚨🚨| BREAKING: Manchester United have been accused of covering up Antony's assault allegations by his ex-girlfriend's lawyers, as she leaks WhatsApp messages and claims she was treated by United’s team doctors.
The club insist her claims are 'categorically false'.… pic.twitter.com/EkzQXeF5dJ
— CentreGoals. (@centregoals) September 6, 2023
Kes keganasan domestik Antony
Bekas pasangan hidup Antony iaitu Gabriela Cavallin telah berkongsi beberapa gambar menunjukkan kesan dia dipukul oleh Antony.
Gabriela sudah membuat laporan polis sebelum ini dan kini Antony bakal disiasat. Pemain itu sudah menyatakan dia akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa di Brazil bagi membersihkan namanya.
Gabriela yang merupakan influencer dan DJ menuduh Antony sebagai lelaki dayus dan ganas. Dia beberapa kali menyerangnya termasuk menumbuknya.
Kesan daripada kes ini, pasukan Brazil terpaksa menggugurkan nama Antony daripada tugasan antarabangsa bagi memberikan ruang kepadanya menyelesaikan masalah ini.
Brazil have dropped Manchester United winger Antony following allegations of abuse by his former girlfriend.
— BBC Sport (@BBCSport) September 4, 2023
Gabriela mendakwa Antony telah memukulnya, mengancam bunuh, mengurung dalam rumah dan menyerangnya dengan kaca sehingga terluka jarinya.
Antony sudah menafikan segala tuduhan itu dan menganggap ianya tuduhan berniat jahat dan tidak berasas. Antony juga melabel Gabriela sebagai mereka reka cerita untuk merosakkan namanya.
Antony menjelaskan: “Hubungan saya dan Cik Gabriela Cavallin sebelum ini memang penuh dengan maki hamun dan seringkali bergaduh antara satu sama lain. Namun saya tak pernah sesekali sampai ke tahap menggunakan kekerasan fizikal ke atasnya. Semua pertuduhan itu palsu belaka dan dibuat buat.”
Antony juga menganggap Gabriela seringkali bertukar tukar cerita ketika diwancara wartawan yang berbeza.
Antony yakin dia berada di pihak yang benar dan sedia membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Cuma pada masa ini dia memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat sulit kepada umum.
Official statement by Antony tonight on Instagram regarding news of São Paulo court investigated him for domestic violence against ex-girlfriend Gabriela Cavallin. 🚨⤵️ #MUFC pic.twitter.com/KVUsTRqjiy
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 4, 2023
Pasangan itu mula bercinta pada 2021 sebelum pemain itu berpindah dari Ajax ke Manchester United.
Cavallin mendakwa dia ada segala bahan bukti perbuatan keji Antony itu. Dia turut menyimpan gambar, mesej perbualan WhatsApp yang boleh dijadikan rujukan di mahkamah kelak.
Cavallin juga mendedahkan bahawa Antony buat pertama kali memukulnya pada 1 Jun 2022. Lebih menyedihkan The Guardian melaporkan ketika kejadian itu, Gabriela sedang mengandungkan anak Antony.
Tidak lama selepas itu Gabriela mengumumkan bahawa dia mengalami keguguran.
Antony marah mendapat tahu Gabriela keluar ke kelab malam bersama dengan lelaki lain. Dia menjerit kepada Gabriela: “Apabila kau dah bersama dengan aku, jangan sesekali nak menggatal dengan lelaki lain,” jelas sekali Antony cemburu buta menurut gadis itu.
Antony ketika itu memaki hamun Garbriella dalam kereta dan mengancam akan menghumban dia keluar dari kereta yang sedang laju itu.
Kejadian seterusnya berlaku pada Januari 2022, selepas Man united menewaskan Man City 2-1.
Antony didakwa telah menumbuk Cavallin di bahagian payudara sehinggakan silikon yang diimplan pada payudara Cavallin telah rosak atau terkalih.
Man United star Antony's ex-girlfriend Gabriela Cavallin accuses him of threatening her while pregnant, damaging her breast implants and slicing her finger with a glass
✍️ @adamjshergold https://t.co/ipREC9YOqL
— Mail Sport (@MailSport) September 4, 2023
Ianya membuatkan Cavallin perlu dirawat segera dan mendapat perhatian pakar perubatan. Cavallin dirawat doktor pakar secara peribadi di Hotel Hyatt Regency 4 Bintang.
Cavallin berkata: “Dia [Antony] telah menumbuk saya di bahagian payudara dan silikon yang diimplan terbalik.”
Wanita itu turut menyatakan, Antony memberitahunya dia tidak berniat mahu mencederakan wanita itu cuma dia menolaknya ke dinding sahaja.
Antony yang menafikan perkara itu, menganggap dia telah menjadi mangsa pembohongan bekas teman wanitanya itu.
Gabriela Cavallin kemudian berkongsi beberapa keping gambar bukti menunjukkan kecederaan dialaminya kerana serangan fizikal oleh Antony.
Telegraph sudah cuba mendapatkan penjelasan daripada Man United. Apa yang pasti United memberitahu mereka sedang mengikuti perkembangan kes ini dan tidak boleh memberikan komen lanjut buat masa ini.