EXAM: Apabila Ia Bukan Lagi Ujian Biasa

Salah satu filem yang aku letakkan dalam list favorite. Mungkin kerana filem ini naskah orang Inggeris/UK membuatkan ia agak underrated berbanding dengan filem Hollywood lain.

Filem ini bergenrekan phsyco thriller. Filem yang pecah kepala jugak lah.

Ia hanya berlatar belakangkan dewan peperiksaan melibatkan 10 pelakon sahaja.

Filem ini memang tidak lari ke latar belakang lain termasuk tiada imbas kembali atau imbas muka berlatarkan tempat lain.

Segala imbas kembali dan imbas muka itu diceritakan secara naratif. Pengarah mengajak audien seperti prepare mendengar kuliah sebelum exam.

Mendengar dengan jelas setiap dialog dan arahan.

Ia bermula apabila 8 calon akhir berjuang untuk karier yang menawarkan gaji lumayan. Mereka hanya diberikan deskripsi tugas Pembantu CEO untuk sebuah mega company yang tak ramai yang tahu.

Namun dalam filem ini pengarah memasukkan beberapa informasi yang terhad tentang company itu dalam watak seorang wanita yang merupakan pekerja dalam syarikat ini tetapi dia mahu meminta jawatan lebih tinggi.

Adrenalin anda diusik sepanjang filem ini. Pergerakan plot dia sangat laju dan anda akan dibawa bergerak dari babak ke babak dengan pantas.

Anda mulai bertanya, adakah mereka sedang meminta kerja dengan syarikat yang betul ataupun sedang dipermainkan.

Anda pernah menonton The Belko Experiment? Di mana satu pejabat perlu bermain game atau mereka mati.

Exam ini membawa anda ke plot itu. Pengawas perperiksaan memberikan arahan sangat ringkas dan ia menjadi panduan sepanjang plot movie ini.

Calon diberikan satu kertas. Mereka bukan sahaja mencari jawapan tetapi perlu mencari soalan.

Banyak cara mereka fikirkan dengan cuba tidak sesekali melanggar arahan dewan perperiksaan.

Apa yang anda harus lakukan apabila melihat seorang calon ditendang dari dewan peperiksaan hanya kerana menulis esei?

Mereka diberikan masa 80 minit, yang akan menentukan hidup mereka 80 tahun lagi.

Larangan dikenakan adalah:

– Dilarang merosakkan (lebih kepada menconteng) kertas exam
– Dilarang berhubung dengan pengawas Exam ataupun pengawal dewan
– Dilarang keluar dewan atas alasan apa sekalipun

Searang pelanggaran syarat, calon akan ditendang keluar.

Mereka mulai membahagikan nama mereka dengan nama panggilan iaitu White, Black, Brown, Blonde, Dark, Brunette dan Deaf).

Mereka telah mewujudkan kesepakatan. Awalnya ada tak setuju.

Namun White (watak paling dominan dalam dewan exam dan banyak cakap) telah memujuk calon lain bahawa mereka hanya bekerjasama mencari soalan, kerana kertas itu kosong bukannya jawapan.

Semua orang mulai merasakan tekanan. Lumrah manusia apabila wujud exam pastinya wujud persaingan. Rasa ego dan persaingan mulai memuncak.

Pelbagai cara digunakan untuk mencari apa terkandung pada kertas soalan itu termasuk teknik cuci foto, infrared, dan sebagainya.

Muncul banyak teori di antara peserta. Mereka semakin agresif untuk menjadi yang terbaik. Mereka mulai merasakan ia bukan satu exam tetapi satu game/permainan.

Adakah mereka sedang menjadi satu ‘show’ kepada CEO-CEO di sebalik dinding dewan tersebut.

Antiklimaks filem ini disusun dengan penurunan gear yang sangat baik selepas lebih sejam anda ‘didera’ secara mental untuk memikirkan banyak perkara. Anda akan letakkan diri anda dalam setiap peserta.

Namun pengarah filem ini membantu penonton untuk tidak terlalu terbeban dengan mengingat kembali.

Dia akan cuba masukkan visual imbas semula melibatkan beberapa arahan penyelia peperiksaan dan beberapa insiden dalam dewan itu.

Adakah syarikat ini betul betul boleh harap? Kenapa tidak dinyatakan deskripsi tugas lebih detail dan kenapa 8 peserta akhir itu disusun dengan sangat teratur berdasarkan perbezaan warna kulit dan etnik.

1 mat salleh, 1 orang kulit hitam, 1 orang India, 1 wanita Cina, 1 orang Perancis, 1 wanita blonde dan 1 wanita dark hair.

Anda tontonlah sendiri movie ini jika nak tahu bagaimana manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi perlumbaan.

Ia kritikan sosial kepada politik di tempat kerja yang anda hadapi. Di mana persaingan itu membuatkan anda melakukan apa sahaja.

Cuma ia disampaikan dengan cara radikal.

Apa anda akan buat jika pesaing anda dalam keadaan hampir mati. Adakah anda biarkan dia mati begitu sahaja untuk mengurangkan persaingan?

Betulkah ada pemenang akhir dalam saringan ini? Adakah tawaran jawatan itu betul betul wujud. Apa jawatan itu?

Adakah anda sanggup terima selepas semua yang berlaku?

Baca yang lain