Exco PSSI Persoalkan Kenapa Rakyat Indonesia Sekarang Baru Nak Bising Soal Israel

Exco PSSI, Arya Sinulingga agak kecewa kerana protes ke atas penyertaan Israel dalam Piala Dunia B-20 tiba tiba hangat pada hari sebelum undian dibuat.

Semalam PSSI mengesahkan bahawa undian Piala Dunia B-20 ditangguhkan kerana bantahan daripada Gabenor Bali, Wayan Koster yang tidak mahu negara itu menerima penyertaan Israel.

Israel layak pertama kali ke Piala Dunia B-20, yang diadakan di Indonesia.

FIFA dan kerajaan Indonesia serta PSSI sebelum ini sudah mencapai kesepakatan tentang penyertaan Israel dalam Piala Dunia B-20

Isu Israel sangat sensitif di Indonesia. Kerana negara itu merupakan penyokong kuat Palestin, sebagai negara yang didiami penganut Islam paling ramai di dunia.

Indonesia sentiasa lantang mengecam Israel dan tidak memiliki sebarang hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

Penangguhan undian itu membuatkan PSSI pening. Kerana FIFA mahukan penjelasan daripada PSSI.

Jika PSSI menolak penyertaan Israel, bola sepak Indonesia berdepan dengan hukuman berat.

Ini termasuk larangan daripada beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 untuk zon Asia.

Selain itu, Indonesia juga boleh digantung daripada mana mana acara di bawah FIFA.

Seterusnya, Indonesia turut berisiko hilang hak penganjuran Piala Dunia B-20, selepas segala langkah mereka sudah persiapkan.

Rakyat Indonesia masih berkeras bahawa mereka tidak mahu menerima pasukan Israel bertanding di negara mereka.

Dan kini Exco PSSI, Arya Sinulingga mempersoalkan kenapa baru sekarang protes itu dibuat oleh gabenor Bali dan rakyat Indonesia.

“Adalah wajar jika FIFA merasakan bahawa undian Piala Dunia B-20 harus dibatalkan.”

“Saya ini kami sedangn memikirkan cara supaya Indonesia tidak disisihkan daripada ekosistem bola sepak dunia.”

“Kami tidak tahu, kenapa baru sekarang ramai ramai persoalkan masalah ini [penolakan Israel].”

“Kami harus menghadapi isu ini dengan sedaya upaya kami [di PSSI].”

Arya turut menyatakan pada masa ini, dia tidak pasti bila undian ini akan boleh diadakan.

 

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid