F1: Bungkus Tapau Sandwich Punca Alonso Gagal Tamatkan Perlumbaan

Pemandu Alphine, Fernando Alonso, tidak bernasib baik dalam perlumbaan pertama musim ini dalam acara Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain 2021, di Litar Antarabangsa Bahrain.

Di mana Alonso terpaksa menamatkan perlumbaan awal kerana ada masalah pada brek beliau.

Lebih mengejutkan apabila Alonso diberitahu selepas itu, rupa rupanya pembungkus tapau sandwich menjadi punca masalah tersebut di mana ia tersekat pada brek beliau.

Pembalut itu didapati menyumbat brek belakang kereta juara dunia dua kali yang kini beraksi untuk Alpine. Alonso terpaksa kembali ke garaj setelah pasukan mendapati suhu brek kereta telah melonjak secara mendadak.

Ia bukan permulaan musim yang baik terutama sekali harapan yang tinggi diletakkan ke atas pelumba Sepanyol itu setelah dua tahun meninggalkan F1.

“Setelah perhentian kedua, pembungkus sandwich tersekat di brek belakang kereta Fernando (Alonso) yang menyebabkan suhu tinggi dan beberapa kerosakan pada sistem brek,” kata bos pasukan Alpine Marcin Budkowski kepada AFP.

Dalam pusingan kelayakan Alonso berada di tangga kesembilan. Sementara itu, rakan sepasukan Alonso, Esteban Ocon menduduki tempat ke-13.

“Bukan permulaan yang baik untuk musim ini kerana kami mengalami nasib buruk,” kata Budkowski.

Perlumbaan kali ini dikuasai oleh 3 pelumba yang cemerlang musim lalu. Hamilton mengatasi Verstappen dan Botas untuk menjadi juara.

Lewis Hamilton menang dengan dramatik pada hari pertamanya.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan