F1: Hamilton Berdepan Penggantungan Di Halaman Sendiri Kerana Memakai Barang Kemas

Lewis Hamilton kemungkinan tidak akan berlumba dalam Grand Prix Britain yang akan datang apabila pertikaian mengenai dia memakai barang kemas semakin berleluasa.

Juara dunia tujuh kali itu dan FIA telah menentang peraturan yang melarang pemandu memakai barang kemas di trek sejak beberapa bulan lalu lagi.

Dengan presiden FIA Mohammed Ben Sulayem menegaskan bahawa ia adalah isu kesihatan dan keselamatan yang mustahak.

Jika Hamilton tiba di trek dengan memakai barang kemas, dia boleh dilarang berlumba di Grand Prix rumahnya dalam keadaan yang paling ekstrem.

Satu keputusan yang pasti akan menggusarkan 140,000 peminat yang berharap dia akan beraksi serta menceriakan pasukan tuan rumah.

Tempoh penangguhan hukuman berkenaan pemakaian barang kemas berakhir pada hari Rabu lalu dan Hamilton serta FIA tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berundur daripada keputusan merela.

Hamilton sebelum ini bahawa dia akan terus kekal memakai barangan kemas peribadinya walaupun dia digantung sekalipun.

Dia juga merasakan F1 seharusnya memfokuskan isu lebih penting berbanding pemakaian barang kemas oleh pelumbanya.

Dia sebelum ini berkata: “Saya rasa ianya hampir seperti satu langkah ke belakang, jika anda memikirkan langkah yang kami ambil untuk sukan dan isu yang lebih penting yang perlu kita fokuskan.”

“Saya fikir kita [F1] telah membuat kemajuan yang begitu hebat dari sudut kesukanan. Jadi ini [isu barang kemas] adalah perkara kecil. Saya telah berkecimpung dalam sukan ini selama 16 tahun, saya telah memakai barang kemas selama 16 tahun.”

“Di dalam kereta saya hanya memakai anting-anting dan cincin hidung, yang tidak dapat saya tanggalkan. Nampaknya tidak perlu untuk kita terlibat dalam pertikaian seperti ini.”

Bekas pengulas F1 Saluran 4, Ben Edwards menyifatkan keputusan FIA untuk membanteras pemakaian barang kemas sebagai ‘pelik’.

Dia berkata: “Ia adalah sesuatu yang pelik, di mana FIA secara tiba-tiba melakukannya apabila selama bertahun-tahun, pelumba ini telah memakai barang kemas dengan sangat jelas dan tiada siapa yang berkata apa-apa sebelum ini.”

“Rasanya agak pelik mereka tiba-tiba menghentam peraturan seperti ini dalam situasi sedemikian. Dalam satu cara, mereka sepatutnya melakukannya [menguatkuasa undang undang] sejak lama dahulu atau mereka sepatutnya membuat undang undag baru ini secara beransur-ansur.”

Lewis Hamilton dilanda kontroversi demi kontroversi. Sebelum ini dia mengancam mahu menarik diri daripada F1 selepas insiden dia dengan Max Verstappen musim lalu. Di mana Hamilton mempersoalkan peraturan F1 yang tidak tegas sehinggakan dia kehilangan kejuaraan kepada Verstappen pada hari terakhir perlumbaan.

Lewis Hamilton menegaskan bahawa kekalahannya dalam GP Abu Dhabi pada hari terakhir perlumbaan sudah dimanipulasi sepenuhnya.

Ini selepas beberapa peraturan dicabuli pada perlumbaan tersebut dengan restu Pengarah Perlumbaan sendiri, Michael Masi.

Ketika Max Verstappen memintasnya untuk menuju ke garisan penamat, Hamilton kedengaran memberitahu pasukannya dengan nada kecewa: “Ia [perlumbaan ini] sudah dimanipulasi!”

Rakan pemandu Lewis Hamilton iaitu Lando Norris turut merasakan bahawa perlumbaan tersebut sudah dirancang. Di mana Formula 1 sudah merancang kekalahan Hamilton untuk menjadikan perlumbaan itu sensasi pada pusingan penentuan.

Ini kerana, kalau Hamilton juara lagi, ianya tidak akan menjadi berita yang hangat di media. Formula 1 sedang bergelut untuk meraih semula publisitinya daripada peminat suka permotoran.

Lando berkata: “Jelas sekali ini semua untuk menghangatkan lagi keadaan. Sudah tentunya ianya sudah dirancang untuk [tontonan di] tv.”

Lando Norris yang menamatkan saingan di tangga ketuju menambah: “Saya tak pasti apa yang dikatakan daripada pihak FIA.”

“Pada awalnya kami semua tidak dibenarkan memintas [kereta keselamatan], sebagai pelumba di belakang tidak dibenarkan mempengaruhi keputusan melibatkan Lewis. Lewis tidak dibenarkan untuk melakukan hentian pit.”

Lando Norris menyatakan sedemikian kerana setiap pelumba sudah diingatkan untuk tidak melakukan sebarang komplot untuk menentukan keputusan kejuaraan melibatkan Max Verstappen dan Lewis Hamilton.

“Namun tiba tiba FIA menukar fikiran mereka dan membenarkan kami semua memotong. Oleh sebab tu saya pun keliru macamana sekarang ini.”

“Melihat pengakhiran seperti itu, saya tidak pasti bagaimana ia boleh berlaku.”

Baca yang lain