F1: [VIDEO] Mick Schumacher Terlibat Kemalangan Ngeri Pada Sesi Kelayakan

Anak lelaki Michael Schumacher iaitu Mick Schumacher terlibat dalam kemalangan ngeri ketika pusingan kelayakan GP Arab Saudi.

Mick Schumacher menyertai pasukan Haas pada musim ini. Dengan harapan akan dapat meneruskan legasi ayahnya walaupun mungkin sukar untuk mengulangi pencapaian ayahnya di litar F1.

Dalam sesi kelayakan di GP Arab Saudi, Mick terpaksa melupakan hari perlumbaan sebenar kerana terlibat kemalangan yang membuatkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital.

Kemalangan itu berlaku di selekoh 12, di mana Mick Schumacher hilang kawalan ke atas keretanya dan melanggar tembok penghadang.

Keretanya rosak teruk. Menurut laporan awal, kejadian itu berlaku apabila tayarnya bermasalah tidak mencengkam sebaiknya menyebabkan keretanya terlibat dalam kemanangan ngeri tersebut.

Dia melanggar dinding penghadang sebanyak dua kali dan keretanya rosak teruk.

Namun begitu, Mick Schumacher dalam keadaan stabil dan bercakap dengan doktor.

Schumacher beraksi dalam sesi kelayakan kedua pada Sabut di litar Jeddah. Ketika kejadian itu, dia memandu dalam kelajuan 170mph / 273kmj sebelum terbabas.

Sesi tersebut serta merta ditangguhkan seketika dengan bendera merah.

Saksikan detik ngeri itu di sini:

Pihak pengurusan Haas mengesahkan bahawa pemandu berusia 23 tahun itu baik baik sahaja dari segi fizikal. Dia juga sudah bercakap dengan ibunya.

Namun masih perlu dirawat di hospital sebagai langkah berjaga jaga dan pemeriksaan lebih lanjut termasuk membuat imbasan.

Beberapa jam kemudian, Haas melaporkan bahawa Mick Schumacher sudah keluar dari Hospital dan berada di hotel penginapannya.

Kemalangan itu membuatkan Mick Schumacher tersingkir daripada perlumbaan sebenar dalam GP Arab Saudi pada Ahad.

Haas juga mengesahkan bahawa mereka hanya akan menurunkan satu kereta, iaitu rakan sepasukan Kevin Magnussen – yang layak P10 – berbanding pemandu simpanan Pietro Fittipaldi, yang hadir bersama pasukan pada hujung minggu ini.

Pengetua Pasukan Haas Guenther Steiner, selepas ity, mengesahkan bahawa dia telah berhubung dengan Schumacher berikutan kemalangan itu, berkata: “Saya bercakap dengannya secara langsung. Dia bercakap dengan ibunya, saya bercakap dengan ibunya beberapa kali dan terus mengemas kini tentang keadaannya.”

“Dia tidak mengalami kecederaan seperti yang anda gambarkan – mereka hanya mahu memeriksanya, melakukan beberapa imbasan untuk melihat sama ada tiada kerosakan akibat kesan daripada kemalangan itu.”

“Untuk mengambil sebarang risiko esok, kami tak akan melakukannya,” tambah Steiner. “Kami berada di Melbourne dalam masa dua minggu dan lebih baik fokus pada yang itu untuk memastikan kami berada dalam keadaan yang baik di sana.”

Schumacher kemudiannya menggunakan Twitter sendiri, selepas itu, menyiarkan imej dan menulis: “Hai semua, saya cuma nak cakap yang saya ok. Terima kasih atas mesej yang baik. Kereta itu terasa hebat @haasf1team, kami akan kembali lebih kuat.”