FA Ambil Tindakan Ke Atas Pemain Ini Yang Meraba Kemaluan Lawannya

Darnell Fisher kini berdepan dengan tindakan daripada FA. Ini selepas dia meraba kemaluan pemain lawan dalam aksi Liga Kejuaraan di Deepdale.

Fisher melakukan perabaan itu ketika aksi antara Preston menentang Sheffield Wednesday. Fisher telah menjadi Callum Paterson dengan satu cengkaman ke bahagian alat sulit pemain itu.

Lebih teruk apabila insiden itu dirakam oleh kamera siaran langsung. Ketika itu Paterson sedang bersedia untuk menyambut sepakan penjuru rakannya. Dan dia telah dicabuli di dalam kotak penalti.

Paterson kelihatan cuba untuk mengadu kepada pengadil. Namun Fisher menghalang dia dengan berterusan menggenggam bahagian yang sensitif itu.

Tindakan itu mengundang padah kerana FA sudah membuka kertas siasatan.

Pada awal tahun ini, pemain ragbi England, Joe Marler dihukum gantung 10 minggu kerana meraba kemaluan Alun Wyn.

Pada minggu sebelum ini pemain Catalan Dragons, Joel Tomkins dikenakan tindakan kerana aksi tak senonoh atas padang ke atas Richie Myler.

Oleh sebab itu Fisher kini hanya menunggu apa bakal terjadi kepada dirinya di atas kelakuannya yang dianggap menjatuhkan maruah seorang lelaki lain.

Keadaan menjadi lebih sensitif kerana ramai menganggap tindakan Fisher itu telah menggalakkan lagi komen h*m*fobik di media sosial.

Seperti kita tahu FA ni siap buat hari pelangi buat golongan LGBT. Sebab itulah hukuman untuk tindakan seperti ini di England agak berat.

Dan ini bukan pertama kali Darnell Fisher meraba lawannya di bahagian yang menimbulkan rasa terkejut.

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang