FA Arab Saudi Dedahkan Beberapa Kelab Arab Saudi Berebut Mahu Dapatkan Messi

Lionel Messi kini menjadi sasaran terbaru oleh  kelab di  Liga Pro Saudi.

Mereka berharap akan dapat menyatukan semula Messi dengan seteru lamanya, Cristiano Ronaldo dalam liga yang sama apabila kontraknya di Paris Saint-Germain tamat.

Dia mungkin berusia 35 tahun tetapi Messi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan kariernya apabila memenangi Piala Dunia buat kali pertama bulan lalu.

Bintang Argentina itu memenangi Bola Emas untuk pemain terbaik pada kejohanan itu.

Messi masih belum melanjutkan kontraknya dengan PSG.

Messi sebelum ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke MLS apabila perjanjian itu berakhir, dengan menyertai Inter Miami.

Perpindahan kembali ke Barcelona juga kembali dikaitkan dengan Messi. Walaupun sebelum ini Messi dikatakan agak mustahil untuk kembali semula ke Barca memandangkan situasi kewangan kelab itu.

Namun Barcelona menunjukkan bahawa kewangan kelab mereka semakin pulih.

ESPN melaporkan bahawa beberapa kelab dari Arab Saudi mulai berminat membawa masuk Lionel Messi ke kelab mereka.

Beberapa minggu lalu, laporan menyebut bahawa Al Hilal adalah kelab yang benar benar berminat membawa masuk Messi. Dengan menawarkan kontrak €300 juta setahun mengatasi €200 juta setahun pada kontrak Ronaldo.

Kini, bukan Al Hilal sahaja yang berminat dengan Messi, terdapat beberapa kelab lain lagi.

Kerajaan Arab Saudi pastinya suka dengan idea ini kerana Messi adalah duta perlancongan negara itu yang turut berperanan menaikkan publisiti negara itu dalam usaha mereka mahu menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030 bersama dengan Greece dan Mesir.

Setiausaha Agung FA Arab Saudi, Ibrahim Alkassim yakin bahawa Messi akan menyertai Ronaldo bermain di Liga Arab Saudi sebaik sahaja kontraknya dengan PSG berakhir pada akhir musim ini.

Baca yang lain

Ten Hag Kritik Pressing Sebelah Kiri

Erik Ten Hag mengkritik mutu pertahanan sebelah kiri pasukannya ketika menentang Fulham. Ini kerana arah tersebut sangat lemah ketika bertahan terutama sekali

Everton Dikembalikan Semula 4 Mata

EFL atau Liga Bola Sepak Inggeris telah memutuskan untuk meringankan hukuman pemotongan mata ke atas Everton. Ini selepas kelab Merseyside itu membuat