FA Belanda Luluskan Permohonan Feyenoord Tangguh Aksi Domestik Demi UCL

FA Belanda menerima dan meluluskan permohonan Feyenoord yang meminta aksi melawan FC Gronigen ditangguhkan. Ini untuk membolekhan pengurus pasukan Robin Van Persie lebih masa untuk persiapan menentang Inter Milan pada aksi kalah mati Liga Juara Juara Eropah.

Feyenoord kini tak akan beraksi dalam aksi domestik di antara 2 aksi UCL tersebut. Aksi pertama menentang Inter adalah pada 6 Mac dan aksi kedua adalah 12 Mac.

Semangat Belanda

Di Belanda, terdapat satu semangat di antara kelab kelab kerdil menyokong kelab yang beraksi di UCL. Ini kerana kelab yang dianggap big 3 di Belanda, Ajax, PSV Eindhoven dan Feyenoord sentiasa membantu kelab kelab kecil ini meraih pendapatan tambahan.

Ianya dengan penyertaan mereka dalam kejohanan seperti UCL, UEL atau UECL. Semakin jauh mereka mara, semakin banyak wang bonus yang mereka terima, Bermakna lebih banyak wang untuk masuk ke tabung Liga Belanda.

Beberapa tahun lalu, 3 kelab besar ini membantu kelab kelab lain untuk membuat padang asli menggantikan padang tiruan yang menjadi pilihan beberapa kelab kecil yang tidak berkemampuan.

Jadi FA Belanda benar benar menyokong usaha kelab kelab dari liga mereka selagi terdaya. Paling penting Gronigen sendiri yang buat masa ini tidak membantah permintaan tersebut.

Feyenoord mahu singkirkan satu lagi pasukan Milan

Feyenoord kini berusaha untuk menyingkirkan satu lagi pasukan dari bandar Milan setelah berjaya menyingkirkan AC Milan sebelum ini.

Feyenoord yang baru melantik Robin Van Persie sebagai pengurus mereka, sedang membuat persiapan rapi untuk melawan Inter Milan. Van Persie akui cabaran untuk memberikan kefahaman taktikal yang dia mahukan dalam pasukannya.

Selain itu, Feyenoord juga berdepan dengan krisis kecederaan yang agak luar biasa pada masa ini.

Dan kini pemain pemain pemain juga perlu beradaptasi dengan pantas untuk baki saingan musim ini.