FA Belgium meminta maaf kepada Kylian Mbappe. Semuanya gara gara video chant menunjukkan Onana mahu menyepak pemain itu di betisnya apabila mereka bertemu.
Mbappe adalah tonggak utama Perancis dan Onana bersemangat mahu membantai kakinya.
Silap FA Belgium itu sendiri kerana berkongsi video yang menunjukkan bintang tengah Everton Amadou Onana bergurau senda bersama pelawak Belgium, Pablo Andres.
Pelawak itu menyanyikan chant: “Siapa yang akan menyepak Mbappe di betisnya.”
Onana terus menjawab: “Onana, Amadou Onana.”
Belgium have apologised after they posted a video of Amadou Onana chanting that he will target Kylian Mbappe's shin during their Euro 2024 clash.🤣🇧🇪 pic.twitter.com/PKbmmNbrkL
— Man United Fan Club (@manufcnow) June 30, 2024
Video yang dimuat naik oleh FA Belgium itu telah menerima banyak kecaman dan kritikan daripada ramai pihak.
Akhirnya FA Belgium memutuskan untuk menurunkan video tersebut beserta dengan permintaan maaf secara rasmi.
FA Belgium menulis: “Maafkan kami Kylian.”
Pegawai media rasmi Belgium, Stefan Van Loock kesal dengan apa yang berlaku. Dia berkata: “Video itu tidak menggambar niat kami yang sebenar. Kami tidak berniat langsung untuk menyerang atau menyakiti sesiapa.
“Itu sekadar konten suka suka dengan pelawan Pablo Andres. Di mana kami bekerjasama dengan pelawak itu sekali lagi. Kami sudah lama bekerjasama dengan Pablo Andres. Video ini seharusnya dilihat sebagai video kelakar semata mata.
“Malangnya kami silap dalam perkiraan dan telah mengeluarkan video itu. Kami mahu meminta maaf kepada semua yang tersinggung kerana perkara ini. Bagi kami, ini bermakna isu ini sudah berakhir di sini.”
Peminat memberikan komen tentang perkara itu. Ada yang menyatakan: “Saya tidak kisah dengan banter seperti itu, masalahnya mamat Pablo Andres ni tak kelakar sial.”
Yang lain menyatakan bahawa konten seperti itu baik baik sahaja dan janganlah terlalu sensitif.