Cameroon dilaporkan sedia untuk melaporkan kepada FIFA jika Man United tidak mahu melepaskan Andre Onana beraksi dalam Piala AFCON yang akan datang.
Man United masih berteka teki sama ada mereka akan melepaskan Onana bermain kira kira sebulan di Afrika. Dengan salah satu sebab mereka mendapatkan Onana dengan harga yang tinggi adalah kerana pemain itu sebelum ini sudah membuat persaraan antarabangsa.
Penjaga gol berusia 27 tahun itu, yang telah membuat 20 penampilan untuk United sejak perpindahan £47.2 juta dari Ajax pada musim panas, dijangka beraksi untuk Cameroon di AFCON.
Selepas keluar daripada persaraan antarabangsa pada September, Onana kembali semula setelah dipujuk oleh kem Cameroon.
Onana telah bermain untuk negaranya dalam perlawanan menentang Senegal dan Mauritius.
Tetapi menurut laporan Onana ‘mempertimbangkan untuk tidak terlibat dalam AFCON’ untuk memberi tumpuan membantu Man United musim ini. Terutaam sekali dia telah melakukan beberapa kesilapan profil tinggi sejak kebelakangan ini.
Onana mahu meningkatkan lagi prestasinya bersama United. Selain itu, Onana dikatakan ‘bimbang’ kemungkinan kehilangan tempatnya sebagai pemain nombor satu United jika dia menyertai AFCON, menurut laporan Manchester Evening News, ketika Altay Bayindir menunggu peluangnya tiba.
Jika Onana enggan menyertai skuad Cameroon, maka penjaga gol itu boleh digantung daripada bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris oleh FIFA.
Mengikut peraturan FIFA, pemain yang dipanggil oleh negara mereka tidak berhak bermain untuk kelab mereka dalam tempoh yang mereka sepatutnya dilepaskan untuk tugasan antarabangsa.
FIFA berkata: “Seorang pemain yang telah dipanggil oleh persatuannya untuk salah satu pasukan wakilnya, melainkan jika dipersetujui sebaliknya oleh persatuan yang berkaitan.”
“Pemain tidak berhak bermain untuk kelab yang dia didaftarkan dalam tempoh dia telah didaftarkan untuk sepanjang tempoh sepatutnya dia dilepaskan atau tempoh sepatutnya dikeluarkan mengikut peruntukan lampiran ini, ditambah dengan tempoh tambahan lima hari rehat.”
Sebelum ini Joel Matip pernah dilarang oleh FIFA bermain dalam aksi menentang Man United dan Plymouth kerana tidak mahu terlibat dalam Piala AFCON kerana ketika itu Jurgen Klopp kekurangan pemain.
FA Cameroon membuat aduan kepada FIFA dan pemain itu kemudian memutuskan untuk bersara daripada peringkat antarabangsa.
Namun selepas penelitian situasi kecederaan di Liverpool, FIFA akhirnya memberikan kebenaran kepada Matip untuk bermain untuk pasukan Jurgen Klopp dan dia muncul sebagai pemain gantian lewat dalam aksi menentang Swansea pada 21 Januari 2017.
Jika dia memutuskan untuk bermain pada kejohanan tahun depan, Onana boleh terlepas enam perlawanan United, termasuk empat perlawanan Liga Perdana menentang Spurs, Wolves, West Ham dan Aston Villa.
Dia juga boleh terlepas perlawanan pusingan ketiga Piala FA United yang akan berlangsung pada hujung minggu sekitar 6-7 Januari sekiranya dia menerima panggilan awal untuk beraksi di kem pra-kejohanan Cameroon.
Dan jika United mara daripada kumpulan Liga Juara-Juara mereka, mereka akan bermain pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir hanya 48 jam selepas perlawanan akhir AFCON.
Piala Negara Afrika akan bermula pada 13 Januari dan berakhir pada 11 Februari.
Segalanya bergantung kepada FA Cameroon yang boleh menggunakan budi bicara mereka. Namun ketika ini Cameroon dipercayai benar benar mahu Onana mewakili mereka.
Apa yang pasti sejarah lalu membuktikan FA Cameroon benar benar tegas dalam perkara ini.