Isu penipuan umur bukan perkara baharu melibatkan pemain pemain dari negara Afrika. FA Cameroon nampaknya sudah menyampah dengan perkara itu.
Dan FA Cameroon atau FECAFOOT telah menggantung 62 orang pemain atas kesalahan penipuan umur. Ini termasuk pemain paling muda didaftarkan dalam skuad Cameroon pada Piala Negara Afrika lalu iaitu Wilfied Nathan Douala.
Douala didaftarkan sebagai pemain remaja berusia 17 tahun ketika itu. Namun ramai mulai sangsi akan umurnya melihat pada fizikal dan juga perwatakannya.
Menurut FECAFOOT, pemain ‘prospek’ dan ketua pasukan Victoria United itu telah didapati menipu tentang umurnya. Dia menjadi pemain kebangsaan yang berada dalam skuad Piala AFCON yang digantung daripada bermain dalam liga utama Cameroon.
Douala mengetuai senarai itu bersama 61 pemain yang lain.
Sebelum ini, pengurus Cameroon mengesan ‘bakat muda’ itu ketika aksi liga domestik. Dan terus menyertakannya dalam skuad Piala AFCON.
Namun dia tidak beraksi sama sekali dalam kejohanan itu dan Cameroon disingkirkan Nigeria di pusingan 16 akhir.
Ini bukan kali pertama FECAFOOT mengeluarkan senarai penggantungan ke atas pemain atas sebab penipuan umur. Ini sudah menjadi tahun ketiga berturut turut FECAFOOT berbuat demikian.
Presiden FECAFOOT, Samuel Etoo antara orang yang sangat kecewa dengan Douala yang menipu umur. Etoo sangat aktif membanteras masalah penipuan umur ini, untuk mengaburi mata kelab kelab eropah terutamanya.
🚨 OFFICIAL: The Cameroonian Federation has suspended 62 players for age fraud, including Wilfried Nathan Douala, who was selected at the last AFCON and claims to be 17-years old! 😱
These 62 players, including Douala, are suspected of having concealed their true age! 😳🇨🇲 pic.twitter.com/PrcQWnTojd
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) March 11, 2024
Ini kerana menurut Etoo ianya memalukan negara Cameroon sama sekali. Kerana negara itu ada ramai bakat muda yang tidak harus dinafikan hak mereka oleh seseorang yang sudah dewasa.
Pada tahun 2022, FECAFOOT menggantung 44 pemain daripada 8 kelab berbeza di negara itu kerana kesalahan yang sama.
Etoo sudah memberikan amaran keapda mana mana pemain yang menipu umur agar berhenti berbuat demikian kerana dia tak akan lepaskan mereka sama sekali.
Pada Januari 2023 yang lalu ada 21 pemain daripada skuad B-17 digantung kerana masalah tersebut. Etoo menganggap masalah ini sudah menjadi barah dalam bola sepak negara itu.
Hal ini kerana, mereka kehilangan ramai pemain daripada pasukan pembangunan. Kerana tersilap beri slot kepada mereka yang sebenarnya dan tua bangka.
The Cameroonian Federation has suspended 62 players for age fraud, including – Wilfried Nathan Douala, (guy dancing) Victoria United midfielder who was selected at the last AFCON and claims to be 17-years old! 😱
These 62 players, including Douala, were suspended for double… pic.twitter.com/HRuxBwVQjr
— Gerry (@GerryKeogh_) March 11, 2024