UEFA menghukum FA Denmark kerana dianggap gagal mengawal kelakuan penyokongnya ketika aksi Euro.
Kejadian itu berlaku pada aksi Denmark menentang England di Deutsch Bank Park. Dalam aksi tersebut kedua dua pasukan seri 1-1.
Dan terbaru UEFA memberitahu FA Denmark bahawa mereka didenda €100 ribu kerana kelakuan penyokong mereka.
FA Denmark masih tidak jelas kenapa mereka dihukum dan apa kesalahan penyokong mereka?
Kemudian Pengarah FA Denmark, Erik Brogger Rasmussen menegaskan dia tiada masalah untuk membayar denda jika UEFA ada bukti tentang kesalahan dibuat penyokong Denmark.
Dia kemudian diberitahu bahawa ada penyokong Denmark mengibarkan banner yang dianggap mengguris hati UEFA.
Sekumpulan kecil penyokong Denmark Denmark mengibarkan banner ditulis: “Kemaluan kamu UEFA” atau F UEFA.
Erik kemudian meminta UEFA memberikan pengesahan tentang perkara tersebut dan mengenalpasti identiti penyokong tersebut. Kerana adalah tidak adil untuk FA Denmark yang membayar untuk kesalahan seperti itu.
“Kami akan bayar namun paling penting kami nak UEFA sahkan identiti penyokong yang bawa masuk banner itu. Dan kami akan bayar denda itu dan menyerahkan bil itu kepada penyokong [untuk mereka bayar balik kepada kami].”
FA Denmark yakin UEFA ada sistem yang canggih untuk mengesah identiti penyokong dan pada masa yang sama berharap kejadian ini akan menjadi pengajaran kepada penyokong yang melakukan kesalahan, namun FA pula yang kena menanggungnya.