FA England Arah EPL Elak Pertarungan Big Six Seminggu Sebelum Misi Piala Dunia England

FA Inggeris dilaporkan telah meminta kepada Premier League agar tidak mengadakan perlawanan sesama big six ataupun derbi pada minggu terakhir menjelang Piala Dunia 2022.

Langkah itu dibuat bagi menjaga kehamornian bilik persalinan Tiga Singa pada Piala Dunia akan datang. Sekaligus akan membantu pasukan dalam usaha mahu menjulang Piala Dunia kedua dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Aksi Piala Dunia Qatar 2022 akan berlangsung bermula 21 November 2022 yang akan datang. Dan ianya buat pertama kalinya diadakan pada musim sejuk di Eropah.

Premier League akan memberikan cuti khas lebih enam minggu untuk memberikan laluan kepada Piala Dunia 2022.

Pusingan terakhir aksi EPL adalah pada 12 dan 13 November. Hanya 8 hari sebelum sepak mula melibatkan England yang akan berdepan Iran dalam peringkat kumpulan.

Gareth Southgate sudah menyatakan bahawa dia berharap para pemain akan segera melapor diri pada ketika itu.

Oleh itu ESPN melaporkan bahawa FA Inggeris telah menasihati Premier League untuk mengelakkan pertarungan sesama big six iaitu merujuk kepada 6 pasukan terbesar di EPL ketika ini.

Pasukan pasukan tersebut adalah pusat kepada bakat bakat skuad kebangsaan England. Oleh sebab itu, FA England sangat menitikberatkan perkara ini.

Mereka adalah Liverpool, Manchester City, Chelsea, Manchester United, Arsenal dan Tottenham.

Jadual EPL adalah dijana secara rawak oleh sistem yang dibina oleh Atos. Yang menjadi pembekal teknologi untuk menyusun jadual EPL sejak 1992.

Oleh itu, susunan jadual akan menjadi sangat rumit dengan mengambil kira peraturan emas / golden rule iaitu melarang mana mana pasukan pergi bermain lebih daripada 2 perlawanan away atau home secara berturut turut. Serta polisi mengelak perlawanan antara 2 kelab yang berjiran menganjurkan hari perlawanan pada hari yang sama.

Menurut laporan, FA Inggeris berharap bahawa akan ada kelonggaran dalam penjadualan pada kali ini.

Gareth Southgate sebelum ini sudah menyatakan bahawa, dia sangat berharap agar tidak ada pertarungan antara pasukan big six menjelang minggu terakhir sebelum sepak mula Piala Dunia.

Namun dia tetap mengerti cabaran yang dihadapi oleh Premier League dalam penjadualan liga.

Baca yang lain