FA England Balas Guardiola Yang Kritik Bola Mitre Sebagai ‘Not Good’

Persatuan Bola Sepak (FA) England telah menjawab kebimbangan yang dibangkitkan oleh pengurus Pep Guardiola berhubung kualiti bola yang digunakan dalam kejohanan piala domestik Piala FA.

Guardiola menjadi pengurus terbaru yang mengecam kualiti bola Mitre Ultimax Pro yang digunakan dalam Piala FA musim ini.

Menurut Guardiola bola itu ‘tak sedap’ berbanding bola yang digunakan dalam EPL dan UCL.

https://twirtter.com/Sporf/status/1896522824745197910

Sebelum ini Mikel Arteta menyifatkan bola yang sama sebagai bergerak pelik dan tidak cukupn bagus.

Seorang wakil FA menyatakan bahawa bola Mitre Ultimax Pro, yang digunakan dalam Piala FA dan kejohanan lain di bawah bidang kuasa FA, telah melepasi semua ujian yang diperlukan mengikut piawaian FIFA.

“Semua bola yang digunakan dalam bola sepak profesional mesti memenuhi pensijilan FIFA Quality Pro, dan bola ini memenuhi semua keperluan.

“Bersama-sama dengan Mitre, kami memahami bahawa pilihan bola adalah perkara subjektif, tetapi kami yakin dengan kualitinya yang tinggi.”

Jurucakap itu kemudian menyatakan bahawa jumlah gol yang banyak dan jumlah percubaan lebih baik daripada beberapa pasukan bukti boleh Mitre itu bola yang bagus.

“Dengan lebih 350 gol dijaringkan dalam kempen Piala FA sekarang, jelas sekali bola ini menyumbang kepada tontonan dan daya saing kejohanan itu,” kata wakil FA yang tidak dinamakan itu, seperti dipetik BBC.

Dalam Pusingan 16 Piala FA, Manchester City melakukan 29 percubaan menentang Plymouth, di mana hanya 9 tepat sasaran, dengan pasukan itu menjaringkan tiga gol.

Sebagai perbandingan, semasa kemenangan mereka menentang Newcastle (4:0) pada 15 Februari, Citizens melakukan 11 percubaan, 7 daripadanya tepat sasaran.

Kelab akan menerima bola rasmi untuk latihan menjelang perlawanan piala FA, dan statistik menunjukkan bahawa beberapa pasukan Liga Perdana mencapai ketepatan percubaan yang lebih baik dalam Piala FA berbanding perlawanan liga mereka sebelum ini.

Ini termasuk Aston Villa, Crystal Palace, Newcastle, Bournemouth dan Wolverhampton.