FA England Larang Pelajar Sekolah Rendah Tanduk Bola Ketika Bermain Bola Sepak

Rasmi, FA England melarang kanak kanak Sekolah Rendah daripada menanduk bola ketika latihan bola sepak.

Ini bagi mengelakkan hentakan atauoaun gegaran pada bahagian kepala yang membawa kepada penyakit neurodegenerative.

Keputusan itu dibuat selepas kajian menunjukkan para pemain bola sepak ada tiga kali ganda lebih terdedah kepada risiko mati akibat penyakit neurodegenerative daripada sebelum ini.

FA berkata: “Hari ini kami telah mengeluarkan panduan baru untuk tandukan bola dalam latihan bola sepak pemain akar umbi bagi kegunaan jurulatih, guru dan ibu bapa.”

“Les Howie, ketua kejurulatihan akar umbi, menerangkan bagaimana garis panduan ini akan berfungsi.”

Dalam satu kenyataan mengenai peraturan baru itu, Ketua Eksekutif FA, Mark Bullingham berkata: “Panduan bimbingan terkini ini adalah evolusi garis panduan kami untuk sekarang ini.”

“Dan ia juga akan membantu jurulatih dan guru untuk mengurangkan dan menyingkirkan aktiviti menanduk bola yang berulang dan tidak perlu daripada bola sepak akar umbi.”

“Penyelidikan kami telah menyatakan bahawa tandukan jarang digunakan dalam pertandingan bola sepak akar umbi.”

“Jadi garis panduan ini adalah satu perkembangan yang bertanggungjawab ke arah membimbing bola selak akar umbi kita tanpa memberi kesan kepada keseronokan kanak-kanak bermain bola sepak dari semua peringkat umur.”

Bekas pemain antarabangsa England Jeff Astle meninggal akibat ensefalopati traumatik kronik pada tahun 2002. Dan laporan perubatan menyatakan masalah itu disebabkan oleh impak daripada bola sepak dalam kerjayanya.

Daughter Dawn, yang berkempen untuk mengharamkan tandukan dalam permainan bola sepak, gembira dengan berita itu.

“Kita mesti mengambil langkah awal untuk mengelak mendedahkan otak anak-anak kepada risiko trauma,” katanya kepada Sky News.

“Dan dengan larangan kepada tandukan dalam latihan untuk pelajar sekolah rendah adalah cara yang benar-benar masuk akal. Ini untuk membuat sukan yang kita semua suka selamat untuk semua mereka yang terlibat. ”

Tandukan adalah dibenarkan ketika perlawanan tetapi pemain di bawah 12 tahun akan diberikan cara latihan yang sistematik untuk melakukannya dengan betul.

Di dalam panduan baru itu, tidak ada lagi tandukan untuk kanak-kanak berumur 6-11 tahun.

Untuk usia 12-15 tahun ia adalah tertakluk kepada bimbingan yang asas.

Dan kanak-kanak berumur 16-17 tahun haruslah dihadkan kepada satu sesi latihan seminggu sahaja yang ada tandukan.

Baca yang lain