FA Palestine Hargai Barcelona Batalkan Aksi Lawan Kelab Israel Di Jerusalem

Barcelona telah mengesahkan bahawa mereka membatalkan aksi pershabatan dengan kelab Israel, Beitar Jerusalem di Jerusalem. Sebelum ini Barcelona merancang aksi pra musim tersebut untuk menyantuni dan peminat mereka di Israel sambil memanaskan badan sebelum aksi liga bermula.

Namun Barcelona akhirnya menarik diri selepas membuat pertimbangan kepada banyak perkara. Barcelona dikecam hebat oleh aktivis pro Palestine yang kecewa dengan tindakan mereka, yang seolah olah benar benar mengiktiraf Jerusalem sebagai wilayah milik Israel.

FA Palestine mewakili peminat Barcelona di negara tersebut turut membuat bantahan dan berharap kelab itu membatalkan aksi tersebut. Hal ini kerrana Israle berterusan meneroka secara haram tanah Palestine dan kemudian menghalau serta memusnahkan rumah penduduk Palestine di sana.

Seterusnya, FA Palestine berharap, kalau pun Barcelona mahu bermain berdepan kelab Israel, mereka berharap tidak di Jerusalem yang diklaim oleh Beitar Jerusalem sebagai tanah Israel.

Pada mulanya, pasukan Barcelona meminta Beitar Jerusalem untuk menukar lokasi perlawanan tetapi permintaan itu ditolak oleh kelab Israel itu.

Pemilik kelab Beitar Jerusalem, Moshe Hogg, mengatakan bahawa dia belum bersedia untuk bermain perlawanan di lokasi lain seperti yang diminta oleh Barcelona.

Dia mahu aksi tersebut dilangsungkan di hadapan penyokong mereka sendiri untuk menyaksikan sendiri aksi bintang Barcelona termasuk Lionel Messi.

Akhirnya Barcelona enggan tunduk dengan permintaan mereka dan membatalkan aksi tersebut. Tindakan membatalkan aksi pra musim itu dipuji oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA).

Seperti diketahui, konflik antara Palestin dan Israel belum berakhir. Tindakan Barcelona membatalkan jelajah ini pastinya tamparan hebat buat Beitar Jerusalem dan FA Israel sendiri.

Selepas pembatalan itu, ketua PFA, Jeneral Jibril Rajoub menulis surat rasmi kepada Joan Laporta yang merupakan presiden Barcelona. Dalam surat itu, Jibril Rajoub memuji Laporta kerana mengambil keputusan untuk tidak bermain berdepan kelab Israel di Jerusalem.

“PFA menyambut baik keputusan Barcelona untuk menghormati hak Persatuan Bola Sepak Palestin dan jutaan peminat [bola sepak] yang berterima kasih.”

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi