FA Perancis Larang Pengadil Hentikan Perlawanan Untuk Pemain Berbuka Puasa

FA Peranci menuai kontroversi apabila mengeluarkan surat amaran kepada pengadil agar tidak menghentikan seketika perlawanan hanya kerana mahu memberi pemain berbuka puasa di atas padang.

Ianya berbeza dengan polisi yang diamalkan di England Jerman serta Belanda, di mana atas budi bicara pengadil dibenarkan untuk menghentikan permainan jika ada pemain beragama Islam yang mahu berbuka puasa.

Di EPL, kapten pasukan akan berhubung dengan pengadil pada awal permainan jika ada rakan mereka yang mahu berbuka puasa ringkas di atas padang.

FA Perancis tidak membenarkan pengadilnya untuk berbuat demikian. Dalam surat pekeliling yang dihantar kepada semua pengadil, pegawai kelab, dan komisioner perlawanan, Ligue 1 tidak membenarkan penghentian seketika permainan untuk pemain berbuka puasa.

Musim lalu, Ligue 1 turut menghalang pemainnya daripada berbuka puasa di atas padang. Atas alasan, bola sepak adalah sukan neutral daripada sebarang unsur agama.

Ultras PSG antara yang lantang mengecam FFF musim lalu dengan menyatakan: “Segelas air dan sebiji kurma sudah cukup untuk membuatkan FFF gentar”

Dalam suratnya yang dibocorkan kepada media, FFF menyatakan: “Bola sepak adalah sukan yang bebas daripada sebarang unsur politik, keagamaan dan ideologi seseorang.”

Lucas Digne menjadi pemain pertama memberikan reaksi di media sosial dengan emoji tepuk dahi pada tahun lalu.

Abdoulaye Docoure kemudian menyatakan bahawa EPL adalah liga terbaik untuk pemain muslim berbanding denga Ligue 1 yang tidak ada toleransi untuk pemain yang berbeza kepercayaan dan agama.

FA Perancis atau FFF menyatakan bahawa musim ini, tiada layanan istimewa kepada pemain yang berpuasa. Sama seperti musim lalu.

Ianya benar benar mengejutkan ramai peminat. Kerana EPL dan Bundesliga masih membenarkan pengadil menggunakan kuasa budi bicara mereka untuk menghentikan permainan seketika untuk memberikan laluan kepada pemain berbuka puasa.

Memandangkan pemain yang berbuka puasa biasanya hanya mengambil masa sekitar 3 ke 5 minit. Pemain biasanya akan meneguk air dan memakan manisan seperti kurma atau bar tenaga.

Media Perancis dan peminat mereka memberikan amaran keapda FA Perancis bahawa langkah mereka itu boleh mengundang kontroversi dan dianggap tidak ada toleransi.

FA Perancis kekal dengan pendiriannya dengan menggunakan hujah artikel 1.1 yang menghalang pemain untuk membawa isu keagamaan di atas padang.

Baca yang lain