Satu mesyuarat tergempar telah dibuat oleh FA Rusia (RFU) untuk menentukan sama ada mereka mahu keluar dari UEFA atau tidak?
Dan hasil undian melibatkan pegawai dan exco FA Rusia sebulat suara mengundi untuk terus kekal dengan UEFA walaupun masih digantung oleh UEFA berikutan serangan oleh negara itu ke atas Ukraine pada 2022.
Dan sejak 2022, Rusia telah diharamkan bermain dalam aksi di bawah FIFA dan UEFA.
Namun itu tidak mematahkan semangat RFU untuk terus mengundi untuk kekal dalam UEFA.
Ada banyak perkara yang menjadi pertimbangan kepada FA Rusia. Pertamanya, mereka mempertimbangkan dari sudut ekonomi dan juga prestij.
Di mana UEFA menawarkan mereka lebih wang dan juga pertandingan tertinggi seperti Euro dan UEFA Champions League. Lebih lebih lagi bermula musim hadapan, UCL menggunakan format baharu dan lebih banyak pasukan bertanding.
Paling dekat dengan Rusia selain daripada UEFA adalah konfederasi bola sepak Asia, AFC yang tidak menawarkan nilai yang sama kepada mereka.
Lagipun RSU yakin bahawa UEFA akan memberikan kelonggaran kepada mereka untuk beraksi dalam aksi persahabatan antarabangsa selepas ini melibatkan aksi dengan pasukan di bawah UEFA.
Sebelum ini mereka bermain aksi persahabatan dengan pasukan di luar UEFA seperti Iraq, Cameroon dan Cuba di Rusia. Dan aksi di tempat lawan menentang Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan, Iran, Qatar dan Kenya.
RFU sudah mencapai kesepakatan dengan Serbia untuk aksi persahabatan antarabangsa pada Februari 2024. Perkara itu diumumkan RFU sendiri menerusi X.
Сборные России и Сербии достигли договоренности о проведении товарищеского матча в марте 2024 года 🇷🇺🤝🇷🇸
Об этом заявил президент РФС Александр Дюков.@FSSrbije #RussiaSerbia pic.twitter.com/wE3P07eh42
— Сборная России (@TeamRussia) December 20, 2023
Namun buat masa ini RFU masih tidak pasti bila kelab kelab dari liga mereka akan kembali dibenarkan bertanding dalam pertandingan eropah seperti UCL, UEL atau UECL.
Kerana UEFA masih lagi mengenakan penggantungan ke atas liga mereka.