Mahmoud Dahoud sebelum ini membuat kejutan apabila menolak untuk mewakili Jerman dan memilih Syria. Dahoud mewakili Jerman di kesemua peringkat remaja sebelum ini.
Namun gagal mendapat tempat dalam skuad utama sejak bergelar pemain senior. Dia akhirnya memutuskan untuk mewakili Syria.
Ketika tiba di Syria, Dahoud dilaporkan telah dihantar pulang semula oleh FA Syria. Ini selepas FA Syria tidak dapat memenuhi permintaan ejen pemain berusia 28 tahun itu sebagai syarat menyertai pasukan kebangsaan mereka.
Dahoud sebelum ini menegaskan bahawa dia memilih Syria sebagai pilihan tulus dari hatinya kerana itu adalah tanah air keluarganya.
Walaubagaimanapun Dahoud dan FA Syria tidak dapat mempersetujui beberapa perkara. FA Syria terus mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan.
“Kami terpaksa melepaskan Mahmoud Dahoud dari kem latihan kerana kami tak dapat memenuhi permintaannya yang dihantar menerusi ejennya.
“Hal ini kerana permintaan seperti ini akan memberikan impak kepada bilik persalina pasukan kebangsaan kami.”
Syria ketika ini dibimbing oleh Hector Cuper.
Dahoud kemudian membalas kenyataan itu. Setelah kenyataan tersebut menimbulkan banyak spekulasi bahwa Dahoud berlagak diva dan demand lebih.
Dahoud berkata: “Berkaitan dengan berita dan khabar angin di media, di sini saya nak luahkan perasaan dan kedudukan saya.
“Sebagai seorang pemain bola sepak profesional yang berpengalaman, saya benar benar rasa setiap pemain harus bermain terbaik demi maruah negara mereka, demi bendera dan pasukan kebangsaan.
“Dan untuk melakukan perkara ini, pemain harus diletakkan dalam kedudukan yang terbaik yang mungkin terutama sekali ketika di atas padang.
“Pemain peringkat tertinggi bekerja dengan prinsip tertentu yang semua orang harus tahu, hormati dan penuhinya.
“Apabila kamu rasa prinsip dan syarat ini tidak sepadan, dan janji dibuat tidak dipenuhi, maka kamu harus berundur sahaja.
“Jika tidak dibenarkan untuk menjadi penyelesaian kepada masalah, sekurang kurangnya kamu tidak perlu menjadi sebahagian daripada masalah itu.
🇸🇾 Mahmoud Dahoud recently switched national team allegiance from Germany to Syria.
The Syrian FA said in a statement that the player left the team camp “due to our inability to meet his demands conveyed to us by his agent, which will affect the national team”.
🚨 Dahoud… pic.twitter.com/FzIjq9BOh6
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 26, 2024
“Mempertimbangkan rasa hormat tak terhingga saya untuk negara, untuk bendera dan untuk rakyat, saya tak akan komen lanjut tentang kenyataan FA Syria dan tuduhan liar yang berkaitan pada hari perlawanan. Saya doakan selamat maju jaya kepada pasukan kebangsaan, dan ini perkara paling penting untuk diberikan tumpuan masa ini.