FA Tak Akan Ambil Tindakan Ke Atas Aguero, Bekas Pengadil Berikan Penjelasan Insiden Raba

Sergio Kun Aguero menjadi topik panas apabila ramai mengecam tindakannya yang meraba Sian Massey Ellis ketika aksi Manchester City berdepan dengan Arsenal.

Aguero tidak sependapat dengan Sian Massey berkenaan dengan satu insiden lontaran ke dalam yang diberikan kepada Arsenal.

Sebelum ini, Pep Guardiola mempertahankan pemain bintangnya itu dan menganggap pemain itu manusia paling baik pernah dikenalinya.

The Guardian melaporkan bahawa pemain itu tidak akan dikenakan hukuman retrospektif di atas perbuatannya.

Tidak semua orang setuju dengan Guardiola. Legenda Arsenal, Ian Wright menganggap Aguero melakukan kontak tidak sepatutnya.

Wright berkata: “Dia tak sepatutnya melakukan perkara itu. Kamu kena menghormati pegawao perlawanan. Namun saya rasa Sian Massey menanangani situasi itu dengan sangat baik sekali.”

“Aguero lebih tahu. Saya tak rasa kita perlu pergi ke arah pegawai perlawanan dan menyentuh mereka. Tak elok.”

Menurut bekas pengadil EPL. Chris Foy, beliau merasakan tindakan Aguero itu tidak boleh diambil tindakan kerana tidak agresif dan memprovokasi.

“Dua kata kunci di sini, agresif dan bersikap konfrontasi. Peraturan menyatakan, adalah tidak dibenarkan mana mana pemain meluru ke arah pegawai perlawanan dan menyentuh mereka.”

“Namun selagi lagi ia dilakukansecara baik dan tidak agresif mahupun secara konfrontasi, maka tiada keperluan untuk pengadil mengambil tindakan.”

Pada 2011, Sian Massey pernah menjadi subjek kepada stereotaip seksis oleh pengulas Andy Gray dan Richard Keys – yang kemudian kehilangan jawatan mereka serta merta.


Perkembangan berkaitan

Aguero Dituduh Jantan Miang, Pep Guardiola Back Up Pemainnya

Sergio Aguero mendapat kecaman hebat daripada warganet gara gara dia memegang bahu Sian Massey.

Ramai menganggap Aguero lelaki miang dan kelakuan itu sebagai tidak senonoh dan miang.

Aguero pertama kali bermain selepas pulih daripada pembedahan lututnya.

Terdapat satu insiden Aguero tidak berpuas hati dengan keputusan Sian Massey. Aguero cuba merayu dan mendapatkan perhatian penjaga garisan itu untuk memberikan lontaran ke dalam kepada mereka.

Aguero kemudian memegang bahu Massey dan penjaga garisan itu menolak tangan Aguero.

Selain daripada dituduh mencabul, Aguero juga dikatakan seharusnya dilayangkan kad kerana menyentuh badan penjaga garisan.

Reaksi netizen di media sosial sangat panas. Ramai berbagi pendapat tentangnya. Mereka mahu Aguero diheret ke muka pengadilan.

Dr Rosena menerusi twitternya menyatakan kelakuan itu tidak dapat diterima langsung.

Piers Morgan berpendapat, pemain itu seharusnya dibuang padang terus.

Namun ada juga yang menyatakan reaksi itu terlalu spontan. Sambil mengingat kembali detik pengadil Bibiana Steinhaus yang secara tak sengaja diraba di dadanya.

Pep Guardiola kemudian mempertahankan Sergio Aguero. Dengan menytakan pemain itu insan baik hati dan dia tidak ada niat tak baik ke atas Sian Massey.

“Ayuh gais, Sergio ni manusia paling baik saya pernah kenal dalam kehidupan ini. Cari isu yang lain, bukannya yang ini.”

 

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan