Fabinho Boleh Beraksi Berhadapan Manchester United

Pemain tengah Liverpool, Fabinho hampir pasti kembali semula ke dalam pasukan utama dalam masa yang terdekat.

Laman utama Liverpool sudah berkongsi tentang kemaskini kondisi Fabinho. Pemain itu menyatakan beliau dalam keadaan bagus ketika ini.

Fabinho masih dalam proses akhir untuk rehabilitasi kecederaan ligamen buku lali beliau.

Akibat daripada kecederaan itu beliau disisihkan daripada aksi bola sepak utama sejak akhir November lalu.

Beliau mendapat kecederaan ketika aksi berhadapan Napoli di Anfield, pada aksi Liga Juara Juara Eropah – peringkat kumpulan.

Sejak ketiadaan Fabinho, tempat beliau banyak diisi oleh kapten Jordan Henderson.

Klopp sudah menyatakan beliau optimistik 3 pemain iaitu Fabinho, Joel Matip dan Dejan Lovren akan terlibat dalam persiapan untuk aksi Liga Perdana Inggeris berhadapan dengan Manchester United.

Bercakap kepada Telefoot, Fabinho berkata: “Buku lali aku dah makin ok. Aku dah start berlatih secara berseorangan minggu ni. Aku rasa bagus dan yakin.”

Fabinho sudah tak beraksi 6 minggu kalau kau tak tau. Dan beliau mengakui sudah melakukan latihan dengan bola selama 10 hari dah.

Beliau sudah sedia menyertai latihan pasukan utama. Namun tak ada jaminan dia terus masuk bermain kerana agak berisiko.

Namun harapan kita agar beliau segera cergas 100%. Ni masa terbaik beliau nak tambahkan lagi kualiti skuad.

Fabinho lupakan salah seorang nombor enam terbaik di dunia pada ketika itu. beliau menjadi nadi penting sistem Jurgen Klopp sejak musim lalu.

Banyak juga game lepas ni. Ada EPL, Piala FA dan juga Liga Juara-juara Eropah. Takkan nak hantar budak basikal lajak lagi kan?

Jurgen Klopp sudah menyatakan bahawa musim ini masih panjang dan masih ada beberapa perlawanan yang sukar selepas ini.

Dalam perkembangan yang lain bintang muda Nat Phillips dihantar semula secara pinjaman ke Jerman sebaik sahaja selesai melaksanakan misinya untuk menyingkirkan Everton dari Piala FA.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai