Fabinho Tak Setuju Mbappe Perlekeh Bola Sepak Amerika Selatan Sebagai Jauh Mundur Berbanding Eropah

Kylian Mbappe sekali lagi menjadi subjek panas dalam bola sepak. Kali ini dia mewakili suara UEFA pula, memuji kualiti bola sepak Eropah berbanding dengan Amerika Selatan.

Mbappe mencetuskan perdebatan awal minggu ini dengan mendakwa bola sepak Eropah berada jauh berada di hadapan Amerika Selatan yang agak mundur.

Pemain Perancis itu menambah bahawa bola sepak tidak maju di sana, dan akibatnya, Brazil dan Argentina tidak bermain bola sepak berkualiti tinggi.

Mbappe juga mendakwa bahawa, pasukan pasukan Eropah jauh lebih bersedia untuk bertanding di Piala Dunia berbanding dengan negara negara dari Amerika Selatan.

Mbappe memberikan amaran bahawa, negara negara Amerika Selatan tidak ada kemampuan yang lebih baik berbanding negara negara Eropah untuk memenangi Piala Dunia.

Hal ini kerana menurut Mbappe, UEFA telah membantu meningkatkan kualiti bola sepak di benua tersebut. Ianya dengan mewujudkan banyak program termasuk penganjuran pertandingan seperti Liga Negara Negara Eropah dalam kalendar mereka selain daripada acara 4 tahun sekali, Euro.

Dia turut memetik nama dua buah pasukan terkuat dari Amerika Selatan iaitu Brazil dan Argentina sebagai pasukan yang tidak terdedah denga bola sepak tahap tertinggi di kelayakan.

Mbappe menambah: “Liga Negara-Negara UEFA adalah contoh perkara itu. Kami akan bersedia sepenuhnya untuk Piala Dunia. Argentina dan Brazil tidak bermain di peringkat tertinggi untuk ke Piala Dunia. Bola sepak tidak semaju di Eropah.”

“Dan ia kita boleh tengok sendiri apabila anda menonton Piala Dunia yang lalu.”

“Kelebihan kami pasukan eropah menjadi pasukan pilihan kerana kami memiliki perlawanan di mana kami sering berlawan antara satu sama lain dalam perlawanan berkualiti tinggi. Argentina dan Brazil tidak pertandingan tahap tertinggi seperti itu di Amerika Selatam.”

“Bola sepak di Amerika Selatan tidak dibangunkan sebagus Eropah. Sebab itu itu dalam beberapa edisi Piala Dunia terakhir, juaranya adalah pasukan pasukan Eropah.”

Mungkin prestasi negara negara Eropah lebih baik dalam beberapa edisi Piala Dunia kebelakangan ini. Itulah yang membuatkan Mbappe merasakan bahawa bola sepak di sana sudah jauh mundur.

Mbappe merujuk kepada sejak 2006, Piala Dunia dimenangi oleh pasukan Eropah. Brazil adalah pasukan Amerika Selatan terakhir memenagi Piala Dunia pada 2002.

2006 dimenangi Itali, 2010 dimenangi Sepanyol, 2014 dimenangi Jerman dan 2018 dimenangi Mbappe dan rakan rakannya bersama Perancis.

Penyerang PSG telah menjadi berita minggu ini kerana terlalu banyak sebab. Dia menjadi bualan ramai selepas dia menolak Real Madrid untuk menandatangani kontrak baharu bersama juara Ligue 1 itu minggu lalu.

Pada awalnya, pemain Perancis itu dijangka akan menyertai Los Blancos selepas perjanjiannya dengan pasukan Ligue 1 itu tamat pada musim panas ini. Dia malah sudah setuju secara prinsipal menyertai Real Madrid.

Namun tawaran akhir PSG membuatkan dia membuat u turn dalam keputusannya.

Fabinho tak setuju

Fabinho telah membalas kenyataan Kylian Mbappe yang memperlekeh kualiti bola sepak Amerika Selatan.

Pemain Brazil itu tak setuju dengan kenyataan Mbappe kerana menurut beliau kelayakan zon Amerika Selatan adalah sangat sukar berbanding dengan kelayakan dalam format eropah.

Fabinho malah mempertahankan kualiti pasukan negaranya serta Argentina. Dan mendakwa negaranya, Brazil dan Argentina akan menamatkan saingan di tempat teratas kumpulan masing-masing jika mereka beraksi dalam perlawanan kelayakan di zon Eropah.

Fabinho menjawab Kylian Mbappe: “Ia berbeza, ia bukan mudah. ​​Kami perlu bermain di tempat seperti Bolivia, saya tidak tahu sama ada Perancis pernah bermain di sana. Saya percaya Brazil dan Argentina akan menamatkan saingan di tempat pertama dalam kumpulan dalam kelayakan Eropah .”

Bolivia merupakan antara ‘neraka’ untuk dikunjungi. Kedudukan yang sangat tinggi dari paras laut membuatkan pemain seperti Lionel Messi pernah termuntah ketika bermain di sana.

Para pemain malah dibekalkan dengan bantuan oksigen risau mereka akan mengalami masalah pernafasan.

Selain itu, format kelayakan zon Amerika Selatan adalah sangat sukar kerana ianya satu liga yang panjang melibatkan banyak pasukan yang dianggap memiliki kualiti untuk ke Piala Dunia jika mereka beraksi di zon kelayakan lain.

 

Baca yang lain