Fabregas Bidas Owen Yang Kritik Orang Lebih Menghargai Pencipta Assist Berbanding Penjaring Gol

Michael Owen telah bersuara menerusi Twitternya dan mencarut bahawa hari ini pemain tengah lebih diberikan kredit kerana melakukan assist berbanding dengan penyerang menjaringkan gol.

Michael Owen berpendapat bahawa, menjaringkan gol jauh lebih besar maknanya berbanding dengan assit.

Owen berkata: “Orang benar benar memberikan kredit yang banyak kepada pemain kerana jumlah assist yang mereka buat berbanding dengan gol pada hari ini.”

“Sebenarnya 1 dalam 10 gol adalah assist yang sebenar. Dan ada seseorang itu melakukan hantaran pendek je kepada rakan mereka yang melakukan gol dari jarak 27 meter, mereka [yang assist] mendapat kredit yang sama banyak adalah sesuatu yang bangang.”

Kata kata Owen itu benar benar memberikan polemik di kalangan netizen. Dan salah seorang pakar assist, Cesc Fabregas menjawab kenyataan Owen itu.

Fabregas berkata: “Saya tak bersetuju sepenuhnya di situ Michael. Mencipta dan membuat adalah kadangkala dua kali ganda lebih sukar daripada berlari dan menjaringkan gol.”

Seterusnya Fabregas menyatakan, walaupun hantaran itu mungkin pendek dan sangat ringkas, namun tak semestinya ianya tak berkualiti. Kerana pemain tengah akan cuba mencipta sesuatu untuk penjaring gol tak kira apa keadaannya.

“Jangan pandang rendah kepada ruang dan masa yang kecil yang kami ada di tengah untuk membuat keputusan terbaik buat kamu semua [penyerang] ditambah dengan imaginasi dan kreativiti yang membolehkan kami menemui kamu.”

Owen kemudian membalas: “Dah tentu ada banyak contoh untuk menyokong kedua dua pandangan. Dan tidak mengejutkan sebelah mana kita berpihak [kerana Fabregas pemain tengah dan Owen penyerang].”

“Kita merasai pengalaman untuk melakukan kedua duanya jadi kita boleh membuat penilaian yang adil. Saya kekal dengan pendirian saya. Dan kita selepas ini akan memberikan ‘match ball’ kepada pemain yang melakukan 3 assist selepas ini.”

Baca yang lain