Fabregas Jelaskan Sebab Nekad Sertai Chelsea Dan Insiden ‘Provokasi’

Cesc Fabregas menyatakan, Jose Mourinho merupakan faktor utama beliau menyertai pasukan Chelsea pada 2014.

Fabregas berkata, hanya dengan satu perbualan bersemuka dengan Jose Mourinho, beliau terus memutuskan untuk menyertai seteru Arsenal itu.

‘Arsenal tak nak saya’ – Fabregas

Fabregas menjelaskan, beliau berusaha untuk kembali semula ke Arsenal. Namun kelab lamanya itu tidak berminat untuk mendapatkan beliau semula.

Malah beliau menunggu dan terus menunggu panggiland daripada The Gunners, namun hampa.

Yang ada ketika itu hanyalah tawaran daripada Manchester City dan Man United.

Tetapi, selepas Jose Mourinho menghubungi beliau, Cesc Fabregas menolak rundingan dengan Man City dan Man Utd untuk terus menyertai pasukan Chelsea.

“Ketika saya memutuskan akan meninggalkan Barcelona, Arsenal menjadi pilihan utama saya berbanding dengan mana mana kelab.”

“Saya tak nak bercakap dengan mana-mana kelab lain selama seminggu, menunggu panggilan daripada Arsenal. Saya nak tengok sama ada Arsenal mahukan saya ataupun tak,” kata Febregas dalam podcast Arsecast.

“Arsene tidak memberikan saya sebarang jawapan. Kami tunggu seminggu respon mereka. Memang Arsenal pilihan utama saya.”

“Di fikiran saya, saya dah beritahu semua orang bahawa saya akan pulang semula ke Arsenal – ini yang saya mahukan.”

“Arsene tak nampak semua ini. Saya tak naklah jadi pengemis, mereka tahu situasi saya. Dalam seminggu tu, mereka langsung tak kata apa apa. Dan saya tahu mereka sudah tak mahukan saya kembali.”

Nekad ke Chelsea

“Selepas minggu itu berlalu, saya mendapat tawaran daripada Man City dan Man United. Dan kemudian saya berjumpa dan bercakap dengan Jose Mourinho. Ianya perkara yang saya rasa tak akan berlaku [menyertai Chelsea].”

“Jujur saya katakan, selepas saya tinggalkan bilik perbincangan dengan Jose Mourinho, saya berkata, inilah dia, muktamad, saya akan pergi ke Cheslea.”

“Mourinho memberitahu saya pasukan yang beliau mahu bina dan apa yang beliau rasa tentang saya. Dan beliau menegaskan betapa teringinnya beliau mahu saya bermain dalam pasukannya. Ini yang saya mahukan.”

“Faktor penting adalah kelab Chelsea di London bukannya di Manchester. London adalah rumah saya.”

Fabregas pernah bertelagah dan bertikam lidah dengan beberapa penyokong Arsenal yang memanggilnya ‘snake’.

Provokasi?

Fabregas dikecam hebat kerana memberikan respon dengan menunjukkan badge Chelsea kepada penyokong Arsenal dalam aksi pertarungan dua kelab London itu.

Beliau dianggap telah melakukan provokasi kepada penyokong Arsenal.

Namun sebenarnya Fabregas menjelaskan beliau bukannya nak provok pun penyokong Arsenal.

Sebaliknya beliau menunjukkan kepada hatinya, menandakan bahawa, penyokong Arsenal akan sentiasa berada di hatinya.

Fabregas sedar akan keputusannya menyertai Chelsea akan melukakan ramai penyokong Arsenal.

“Saya tahu apa respon peminat Arsenal. Perkara yang sama akan berlaku jika saya sertai City atau United. Namun saya sangat terdesak mahu kembali ke Liga Perdana Inggeris.”

“Syukur kepada Tuhan kerana saya membuat keputusan itu. 5 tahun di Chelsea saya sangat gembira kerana menjadi pasukan paling banyak memenangi piala di England ketika saya bermain di sana.”

“Hubungan dengan penyokong Chelsea sangat luar biasa.”

Fabregas memenangi 2 EPL, 1 Piala FA dan 1 Piala Liga ketika 5 musim di Stamford Bridge.

Beliau kemudian berhijrah ke Monaco pada Januar 2019.

Baca yang lain