Fabregas Kongsi Detik Hari Pertama Bersama Messi Dan Tersungkur Digeleceknya Di La Masia

Lionel Messi semalam berucap dalam majlis perpisahannya dengan Barcelona. Di mana kapten antarabangsa Argentina itu menyatakan bahawa beliau sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan pasukan tersebut selepas 21 tahun.

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa pemain Barcelona yang lain. Ini ternyata detik bersejarah yang sukar untuk semua peminat Barca dan skuad mereka.

Baru sahaja sidang media bermula, Lionel Messi dilihat sudah menangis. Beliau sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan Barcelona.

Messi berkata: “Beberapa hari ini, saya memikirkan apa yang harus saya katakan hari ini. Hakikatnya, saya tak mampu memikirkan apa apa. Ini realiti yang pahiot untuk saya selepas bertahun tahun saya di sini sepanjang hidup saya. Saya tak sedia untuk realiti seperti ini.”

“Tahun lalu saya berdepan dengan burofax [isu cukai], kelab meyakinkan saya untuk terus kekal. Namun kali ini situasinya berbeza. Keluarga saya mahukan saya terus kekal di rumah saya di sini, itu adalah harapan kami melebihi segalanya.”

“Kami semua memikirkan bahawa kami akan terus kekal di Barcelona. Kami melalui masa masa yang hebat di sini. Dan, hari ini, saya harus mengucapkan selamat tinggal untuk semua ini.”

“Saya sudah berada di sini sepanjang hidup saya sejak berusia 13 tahun. Selepas 20 tahun di sini, saya pergi meninggalkan kelab ini bersama anak dan 3 orang anak saya.”

“Saya sangat berterima kasih dengan segalanya, untuk semua rakan sepasukan, bekas rakan sepasukan dan semua yang sentiasa menyokong saya. Sangat ramai untuk saya sebutkan.”

“Inilah rumah saya, melalui banyak sekali pengalaman di kelab ini. Sangat banyak detik indah berlaku. Dan juga ada beberapa detik sukar. Semua ini membantu saya membesar menjadi insan yang saya ada pada hari ini.”

“Saya belum mengucapkan selamat tinggal kepada semua mereka di sini, kerana saya masih belum terfikir akannya, dan saya tak pernah membayangkannya.”

“Saya meninggalkan kelab ini tanpa berjumpa dengan para penyokong sudah hampir setahun setengah. Saya dapat bayangkan saya mahu mengucapkan selamat tinggal di Camp Nou dengan membayangkan stadium itu penuh dengan penyokong. Namun buat masa ini, beginilah caranya.”

“Saya berharap suatu hari nanti saya akan kembali dan menjadi sebahagian kelab ini, membantu kelab ini untuk menjadi terbaik.”

Kemudian Cesc Fabregas berokongs kisah menarik tentang hari pertama beliau berjumpa dengan Lionel Messi ketika di Barcelona.

Fabregas merupakan bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona, ​​dan masih menjadi peminat setia kelab tersebut. Fabregas menceritakan kisah ketika mereka masih kecil di La Masia, pada hari pertama mereka bersama.

Fabregas berkata: “Saya akan selalu ingat hari kamu datang ke bilik persalinan pada usia 13 tahun dan kami diberitahu seorang kanak-kanak Argentina telah datang untuk sesi pemilihan / trial.”

“Kamu hanya duduk dan tidak mengucapkan sepatah kata pun. Jurulatih menyuruh saya bermain keras dengan kamu dalam latihan satu lawan satu, di mana kamu kelihatan sangat kecil sehingga saya fikir saya akan merampas bola dari kaki kamu dengan mudah.”

“Bodohnya saya [berfikir begitu], kamu malah meninggalkan saya yang tersungkur di atas padang [ketika cuba merampas bola kamu] dan dari situ saya tahu kamu adalah sesuatu yang istimewa.”

Messi merupakan pemain yang sangat kecil berbanding pemain lain. Namun beliau terus menyerlah sejak hari pertamanya di akademi.

Fabregas kemudian menitipkan mesej emosionalnya sendiri kepada rakannya itu, “Impian yang sentiasa ada pada saya adalah mahu bermain di pasukan utama Barca, tetapi untuk melakukan itu dengan kamu dan dengan Geri [Gerard Pique], dan itu sudah pastinya sentiasa menjadikan impian itu lebih istimewa, “sambung Fabregas.

“Pada akhirnya ia menjadi kenyataan dan sebenarnya saya seperti bermain di false 9 di samping kamu dan melihat hubungan yang kita miliki [atas padang], itu menjadikan semua itu berharga. Kamu pergi sebagai pemain terbaik sepanjang zama. Barca tidak akan pernah sama tanpa kamu.”

“Terima kasih atas semua yang anda telah kamu berikan dan segalanya tentang kamu, kerana di sebalik ‘animal’ itu adalah insan yang hebat, rendah hati, baik hati dan pemurah.”

“Saya doakan yang terbaik untuk kamu, Anto, Thiagui, Matu dan Ciro. Saya yakin kamu akan bahagia ke mana sahaja anda pergi. Aku sayang kepada kamu.”

Baca yang lain