Bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas bercakap tentang perasannya tentang Arsenal. Ternyata menurutnya, Arsenal sentiasa di hatinya, walaupun dia pernah mendesak perpindahan ke Barcelona dan kemudian menyertai pasukan seteru tetangga Chelsea.
Ramai peminat Arsenal sangat kecewa dengan apa yang pernah dilakukan Fabregas. Kerana pada masa itu dia adalah teras kepada projek Arsene Wenger di kelab itu. Itulah sebabnya kenapa dia dilantik menjadi kapten pada usia sangat muda.
Fabregas berkata: “Dengar sini kawan, tiada siapa boleh tuduh saya pernah bercakap benda tak elok tentang Arsenal dalam hidup atau karier saya, kerana kamu tak akan jumpa satu ayat pun.”
“Jadi apa sebenarnya berlaku pada masa itu, setiap orang melalui masa masa yang berbeza, detik berbeza, kadangkala, ada perkara itu berlaku kerana sebab sebab tertentu. Kadangkala sesuatu perkara itu berlaku dan kamu tak pernah jangkakannya. Itulah hidup.”
“Saya pergi ke Barcelona dan saya memikirkan untuk kekal di sana selama 10 tahun, dan saya cuma di sana untuk 3 tahun dan saya telah bertukar kelab. Saya tidak pernah menjangkakannya saya akan bermain di Serie B bersama Como. Begitulah.”
“Fasa berbeza dalam hidup, karier dan kadangkala kamu harus membuat pilihan terbaik untuk diri kamu. Dan saya tidak boleh beritahu kamu bahawa saya menyesali apa yang telah saya pilih dan lakukan dalam karier saya. Saya sentiasa memikirkan bahawa pada masa itu, itulah yang terbaik untuk hidup saya dan keluarga saya.”
“Dan di mana sahaja saya berada, saya sentiasa bertuah, untuk memenangi trofi, terus meningkatkan keupayaan diri dan terus belajar. Itu sahaja yang boleh saya katakan.”
“Saya memberikan segalanya untuk Arsenal selama 8 tahun saya di sana. Saya bermain ketika saya sakit, saya bermain ketika datuk saya meninggal dunia pada sebelah pagi hari perlawanan UCL.”
“Arsenal minta saya balik ke rumah dan saya kata tak mengapa, saya mahu bermain. Saya balik hari berikutnya, pada hari pengkebumiannya, dengan kaki saya patah.”
“Katakanlah apa sahaja kamu mahu, namun saya adalah pemain yang sentiasa ada ketika kelab sedang menikmati masa gembira dan masa sukar.”