Fabregas Tegur Arsenal Agar Tidak Beli Onana

Cesc Fabregas telah menyarankan Arsenal untuk tidak membeli Onana walaupun pemain itu dianggap salah satu nama dalam senarai pilihan Mikel Arteta.

Arsenal sebelum ini sudah membelanjakan wang yang besar mendapatkan Declan Rice dengan perpindahan sekitar £105 juta.

Arsenal masih mahu mencari seorang lagi pemain tengah dengan sasaran utama mereka ialah Douglas Luiz. Namun pemain itu dilaporkan semakin hampir ke Juventus.

Nama Amadou Onana kini dikaitkan dengan Arsenal. Dan Fabregas mendesak Arsenal agar tidak mendapatkan pemain tersebut. Kerana menurutnya, Onana bukan tengah pilihan terbaik untuk mengisi bahagian tengah pasukan Arsenal yang berorientasikan permainan menyerang.

Fabregas tidak suka dengan gaya permainan Onana yang suka menghantar bola ke tepi dan ke belakang bukannya ke hadapan.

Everton sudah memberikan lampu hijau kepada mana mana kelab yang mahu mendapatkan Onana dengan harga bermula £30 juta. Tetapi Fabregas kurang setuju dengan penandatangan Onana.

“Dengar, saya saya seorang yang obses dengan bola sepak menyerang. Untuk pemain tengah seorang yang memiliki kualiti terbaik di situ haruslah ada keupayaan menyerang.

“Pada hari ini terlalu banyak perkongsian statistik tentang 100% hantaran tepat dilakukan oleh pemain sekian. Namun Tunjukkan kepada saya klip hantaran yang dia lakukan.

“Adakah mereka hanya melakukan hantaran kepada pemain bek tengah atau pemain yang berdekatan dengan mereka sahaja? Ataupun mereka berjaya melakukan hantaran yang memecahkan pertahanan lawan serta mencipta peluang gol.”

Oleh itu Fabregas merasakan Arsenal seharusnya pergi mendapatkan Youssouf Fofana berbanding dengan Onana.

Pemain itu dianggap lebih menepati profil yang dikehendaki oleh Arsenal. Menurut Fabregas, Fofana akan menjadi gandingan terbaik bersama Declan Rice. Kerana pemain itu seorang ball progressor yang lebih bagus berbanding Onana.

Onana hanya melakukan purata hantaran progresif 4.6 per 90 minit. Dibandingkan dengan Jorginho yang melakukan 8.6 hantara progresif per 90 minit.

Seterusnya Youssouf Fofana pula melakukan 8.31 hantaran progresif per 90 minit. Inilah sebabnya Fabregas benar benar yakin Fofana lebih bagus daripada Onana jika Arsenal mahukan pemain tengah baharu. Kerana pemain Monaco itu benar-benar menepati kriteria taktikal Arsenal.