Siapa dah tengok filem Fabricated City? Ye Filem dari Korea Selatan tu arahan Park Kwang-Hyun.
Filem tersebut dikeluarkan pada Februari 2017. Filem ini dibintangi oleh Ji Chang-Wook dan aktres Shim Eun-kyung.
Filem ini sebenarnya sarat dengan plot twist.
Ianya bermula dengan beberapa gamers bermain game di atas talian. Mereka mebentuk kumpulan di alam maya, tanpa pernah bersua di antara satu sama lain.
Kapten ni ada satu prinsip, dia tak akan membiarkan rakan sepasukan dia tinggal di belakang.
Naskah 122 minit ini adalah naskah yang boleh anda letakkan dalam senarai untuk ditonton walaupun bukan wajib tonton.
Kwon Yu (Ji Chang-wook) merupakan ketuan kumpulan gamers Resurrection. Beliau digelar Kapten oleh kumpulannya.
Kwon Yu sebenarnya bekas atlet taekwando, namun telah menukar kariernya kepada e-gamers.
Dalam pasukan mereka sebenarnya ada seorang hacker padu yang bernama Mr. Hairy. Dia ni anoynymous.
Pada satu suatu hari Kwon Yu telah ditahan polis tanpa dia sedari apa jenayah yang dia telah lakukan.
Di dalam mahkamah dia berhadapan dengan pertuduhan kes bunuh seorang wanita.
Pada malam kejadian, Kwon Yu telah menghantar telefon pintar wanita tersebut kerana tercicir.
Namun malangnya, selepas dia keluar, wanita itu telah dibunuh.
Dalam dunia ini, hanya ibunya yang percaya anaknya bukan pembunuh. Dia dikaitkan dengan kes pembunuhan dan rogol yang sadistik.
Kwon Yu tergamam dengan pertuduhan itu kerana dia tidak pernah melakukannya. Di sini penonton akan dibawa kepada persoalan, adakah benar dia bukan pembunuh ataupun dia dipengaruhi dadah dan tak sedar, ataupun Kwon Yu berpura-pura dia tak tahu apa yang telah terjadi.
Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Kwon Yu. Ini kerana pihak pendakwaan berjaya membuktikan dia bersalah dengan segala bukti yang menjurus kepadanya seorang.
Dia diwakili oleh seorang peguam iaitu Ma lakonan Kim Sang Ho.
Namun sebalik semua itu, sebenarnya, Kwon Yu dan ibunya tak bersendirian. Kerana pasukan Resurrection pimpinan beliau di alam maya juga percaya bahawa sang kapten bukan pembunuh.
Ketika di penjara, Ma memberitahu ibunya telah meninggal dunia. Ibunya sakit teruk kerana susah hati, berpanas, berhujan mahu dunia percaya bahawa anaknya bukan pembunuh.
Kwon Yu kemudian berjaya meloloskan diri daripada penjara dan meminta bantuan daripada Ma.
Mendiang ibunya menjadi semangat dan motivasi kepada si anak untuk membuktikan dirinya bukan pembunuh.
Konflik semaking tegang
Kwon Yu kemudian dihubungi oleh Mr. Hairy yang membawa kesemua mereka kumpulan Resurrection berkumpul di markasnya.
Dia kemudian mendapat tahu sebenarnya ada konspirasi di sebalik semua ini. Dan paling mengejutkan, dia tengah dikawal oleh seseorang yang menjejaknya dengan teknologi.
Pada hari ini, terlalu banyak gadget dan alat teknologi yang terhubung. Ada satu pengkalan data yang mengumpul dan menjejak maklumat ini berdasarkan algoritma.
Kesemua yang berlaku adalah diolah berdasarkan teknologi yang serba canggih. Perancang semua perkara ini telah menggunakan pergerakan di media sosial, termasuk informasi check in untuk profiling.
Mangsa dipilih untuk menjadi apa sahaja yang si jahat ini suka. Apa motif semua ini? Mereka cuba menjadikan orang lain sebagai pesalah di atas kesalahan orang lain.
Kwon Yu kemudian berhadapan dengan musuh yang paling sukar untuk dilawan kerana dia mengawal segala sistem di satu bandaraya yang sangat besar.
Dia boleh berhubung dengan kamera cctv, kemera lampu isyarat, GPS telefon pintar dan sebagainya.
Mr. Hairy dan rakan-rakan yang lain berusaha untuk membantu Kwon Yu untuk menentang jenayah dan pencabulan ke atas hak privasi ini.
Mereka melawan teknologi yang super advance dengan teknologi yang mereka miliki di rumah seorang hacker.
Namun bagaiamana kesudahannya? Adakah Kwon Yu memang bukan pembunuh? Dan apa kaitan beliau dengan pengkalan data yang besar itu?
Aksi fight dia agak kurang umphh dari segi koreografi dan babak dengan kereta pun bagi aku kurengg sikit.
Tetapi ia masih naskah yang menarik untuk ditonton kerana isu yang cuba disampaikan. Kerana kita hari ini hidup di zaman teknologi.
Orang boleh memanipulasi kita dengan segala yang ada di hujung jari dan juga menerusi alat teknologi yang ada.
Misalnya di China sudah mengaplikasikan pengecaman wajah di beberapa tempat tanpa kebenaran orang awam.
Seterusnya semangat setiakawan dan pembelotan juga berlaku. Apa perasaan kau bila orang kau percaya mengkhianati kau?
Persahabatan yang terjalin di alam maya juga, menjadi subjek yang menarik. Kerana ramai kita hari ini yang berkenalan di alam maya dan kemudian menjadi rakan baik di dunia sebenar.