Fabrice Muamba Bersua Doktor Penyelamat Nyawanya Yang ‘Mati’ 78 Minit, Ikuti Kisahnya

Nafas Fabrice Muamba pernah terhenti beberapa saat. Dan pada 17 Mac 2021, beliau menarik nafas panjang apabila melihat semula doktor yang pernah menyelamatkannya satu ketika dahulu.

Muamba berkata: “Doc, kamu tahu ke bila saya berada di hospital, yang saya akan bangun semula.”

“Tak,” tegas Dr Jonathan Tobin, mengenang peristiwa tragik hampir meragut nyawa pada 9 tahun lalu. “Saya tak fikir kamu akan mampu bangun lagi kawan, tiada seorang akan pernah terfikir.”

Fabrice merasa terkejut dan bertanya: “Kamu serius ke?”

Dr Tobin menyambung: “Tiada orang fikir kamu akan bangun lagi. Kamu ‘mati’ selama 78 minit. Maksud saya, Jesus, kamu kes 1 dalam seumur hidup.”

Pada 17 Mac 2012, Muamba mengalami serangan jantung pada minit ke-71 ketika aksi Bolton Wanderers bertemu Tottenham Hotspur di hadapan 30,000 penonton di White Hart Lane. Serta ditonton jutaan lagi peminat di seuluh dunia.

Selepas gagal memberikan respon kepada perenjat defibrillator serta juga petugas medikal, pemain yang ketika itu berusia 23 tahun itu dikejarkan ke hospital serta merta.

“Tiada seorang pun menjangkakan dia akan pernah keluar dari hospital itu [hidup hidup]. Tiada seorang pernah terfikir dia akan berjalan keluar dari bangunan itu. Semua orang hanya merasakan bahawa dia mengalami kerosakan pada otak dan akan cacat kekal jika dia berjaya keluar sekalipun.”

Muamba berkata: “Nah di sini saya!” Sambil tersenyum menyatakan dia masih lagi hidup.

Dr Tobin berkata lagi:

“Jika kamu tanya pakar jantung sekalipun, tiada orang yang ‘mati’ 78 minit, kemudian berjaya pulih sepenuhnya. Tiada seorang pun!”

Itulah kisah ajaib Fabrice Muamba yang berkongsi detik beliau dengan SPORTbible.

“Tiada benda pelik pun hari tu, segalanya seperti biasa. Saya tahu saya berada dalam kesebelasan utama di White Hart Lane. Kami ke bilik persalinan dan melihat lihat keadaan rumput padang. Saya menukar pakaian dan memanaskan badan. Tiada sebarang masalah. Saya tak sabar sabar nak beraksi.”

Detik ngeri Muamba

Pasukan bimbingan Owen Coyle ketika itu bermula dengan tuah. Pada minit keenam, Gareth Bale tertampan bola ke gawang sendiri. Namun gol itu dibalas Kyle Walker hanya seminit kemudian. Perlawanan itu menjadi sangat intensif. Dan tiba tiba Muamba mulai merasakan sesuatu tak kena pada dirinya.

Dia berhenti dan menyatakan dia mulai rasa pitam.

“Kira kira 40 minit atas padang, pandangan mata saya kabur, apabila saya melihat sekitar saya, saya tak nampak orang. Dan tiba tiba, bang! Saya terbaring atas padang. Itulah hari terakhir saya boleh bermain bola sepak lagi.”

Fabrice meronta ronta di atas padang cuba bernafas. Dan badannya mulai kaku. Kamera mulai mengalihkan fokus kepada pemain lain dan pandangan dari jauh kerana mereka pun terkejut. Rafael van der Vaart menggelar momen itu sebagai momen paling sukar dalam kariernya.

Pakal fisioterapi Bolton, Andy Mithcell orang pertama melihat Fabrice tersungkur. Dan segera berlari ke atas padang untuk menilai situasi sebelum doktor Spurs, Shabaaz Mughal, dan rakannya Jonathan Tobin segera menyusul.

Tobin menambah: “Ketika tiba di sana, Fab sudah tak sedarkan diri. Itulah detik di mana kamu cuba melakukan sesuatu dan pada masa yang sama buntu, neraka apakah sedang berlaku. Doktor Spurs saling memandang satu sama lain. Kami tak mengatakan apa apa, dan kami memikirkan sesuatu.”

“Adakah sekarang kami sedang dalam proses menyelamatkan manusia yang hampir mati di hadapan 36 ribu orang dalam White Hart Lane dan jutaan lagi audien global sedang menyaksikan kami. Kepala saya turut memikirkan bahawa, apa akan berlaku kalau Fabrice tiba tiba bangun, apa yang korang sedang buat ni?”

“Kami saling memandang satu sama lain, lagi dan lagi. Kita akan melakukannya [proses resuscitation].”

Mughal mengalihkan badan Muamba yang sudah tidak berdaya dan mulai menekan dadanya. CPR pertama diterima Muamba adalah selepas 67 saat dia tersungkur. Beberapa saat kemudian, doktor sudah menggunakan defibrillator pada dadanya, dalam usaha mahu jantung dia kembali berfungsi.”

Harus juga diakui, kepakaran perubatan di EPL wajar dipuji. Mereka dibekalkan dengan pegawai yang sangat berkaliber dengan peralatan kecemasan yang terbaik.

Tobin menambah: “Semuanya berlaku dalam 27 saat. Dari detik serangan jantung, dia melalui proses CPR selepas 1 minit 17 saat. Dan kemudian menerima renjatan pertama. Segalanya berlaku dengan pantas. Lebih cepat daripada apa yang berlaku jika seseorang itu mengalami situasi yang sama di super market.”

Para peminat mulai menyorak nama Muamba sebagai tanda sokongan. Tobin melakukan CPR – pernafasan mulut ke mulut. Dia ingat semua momen dengan jelas.

“Kami dengar peminat mulai menyorak nama Fab di belakang, ketika semua yang sedang berlaku di atas padang. Ianya satu pengalaman yang sukar dipercayai.”

Rakan sepasukan Muamba iaitu David Wheater mendengar ada orang berkata: “Fabrice tersungkur.”

Wheater ingatkan Muamba hanya terjatuh kerana masalah otot. Dia tak tahu bahawa rakannya itu sedang bertarung nyawa.

Wheater berkata: “Keadaan dalam stadium tiba tiba berubah daripada suasana bola sepak, di mana orang bersorak kepada suasana yang benar benar senyap. Kamu cuma boleh mendengar orang kembali bersorak ketika doktor mulai menekan dada Muamba. Ianya semakin kuat dan kuat. Saya tak pernah lagi melihat perkara seperti itu.”

“Daripada perlawanan bola sepak, ianya menjadi detik semua orang berharap seseorang akan bangkit. Semua pemain tak tahu apa yang harus dilakukan, ada beberapa pemain menangis.”

Selepas proses resuscitate di atas padang, situasi berterusan di dalam ambulans. Pemain pemain Bolton semua sangat terkejut melihat petugas medikal berterusan mengepam dada Muamba.

“Sangat bertuah kerana stadium hari itu terdapat ramai mereka yang profesional,” kata Wheater.

Perjalanan ke hospital mengambil masa 38 minit daripada detik Muamba tersungkur atas padang.

Pakar jantung, Adnre Deaner bergegas dari tempat duduk penyokong untuk membantu doktor doktor lain di situ bagi membantu menyelamatkan nyawa Muamba. Dia turut berada dalam ambulans yang membawa Muamba. Hari itu dia menyaksikan perlawanan bola sepak kerana anak buahnya membawanya bersama, sebab ada tiket lebih.

Muamba berkata: “Dr Deaner hari itu sepatutnya tidak menyaksikan perlawanan [namun kerana tiket itu dia datang].”

Muamba dibawa ke London Chest Hospital pada 17 Mac dengan harapan untuk hidup sangat tipis. Tobin mengesahkan dia tak nampak ada peluang untuk pulih. Sepanjang perjalanan, Muamba menerima 15 kali renjatan di dadanya.

Doktor meluangkan masa 40 minit untuk menghidupkan semula jantungnya dan kemudian menambah 15 lagi renjatan. Fabrice menganggap detik itu sebagai keajaiban selepas mati 78 minit.

Hari berikutnya, Muamba membuka matanya. Dia tak sendiri tak percaya dia akan dapat melihat dunia sekali lagi.

“Saya mendengar orang bercerita bahawa saya terkena serangan jantung, saya seolah olah tak percaya. Dan kemudian baru saya tahu betapa seriusnya kejadian hari itu. Saya mulai melihat ramai wajah yang saya tak jumpa sekian lama, datang untuk melawat dan mahu tahu keadaan saya. Mulanya saya agak mengambil masa untuk mengerti apa sebenarnya berlaku.”

Muamba kemudian menerima ramai pelawat. Malah salah seorang rakannya menyatakan Messi pun ada datang.

Wheater berkata: “Saya datang melawat dia dengan Jussi [Jaaskelainen] dan Zat Knight beberapa hari kemudian. Dia memberitahu kami bahawa Messi pun ada datang.”

“Tapi isterinya berkata, tipu je tu, mana ada Messi datang.” Setan sempat bergurau.

Muamba menambah: “Saya meninggalkan hospital dan kembali melakukan beberapa perkara di rumah. Namun bagi saya, ianya lebih kepada pemulihan mental berbanding dengan fizikal. Ianya hari yang melelahkan. Kamu bertanya banyak soalan kepada diri sendiri. Kamu masih tak tahu apa sebabnya.”

“Saya bercakap dengan beberapa pakar psikiatrik dan doktor bertauliah, dan mereka mengingatkan saya untuk berehat dan membantu saya memahami situasi saya. Ianya mengambil masa yang lama, namun akhirnya saya mampu melupakannya [move on].”

Bertarung kesihatan mental

Muamba menyatakan dia bergelut dengan isu kesihatan mental pada awalnya. Di mana dia mengalami gangguan emosi. Dia mulai bersikap dingin dengan orang yang rapat dengannya.

“Saya bersikap teruk dengan mereka yang rapat dengan saya. Saya sangat moody dan mementingkan diri sendiri. Saya rasa mereka faham keadaan saya. Dan mereka melayan sahaja diri saya masa tu. Namun pada satu tahap, kamu harus berlapang dada dan melihat realitinya.”

Setahun selepas peristiwa itu, Muamba sepatutnya mewakili Team GB dalam sukan Olimpik 2012. Dan pada 26 Julai, walaupun tiada dalam senarai pasukan, Muamba datang melapor diri ke Old Trafford untuk menunaikan hajatnya yang tertangguh. Stuart Pearce mengalu alukan kedatangan Muamba yang melihat rakan rakannya berlatih.

“Saya pakai hoodie dan mereka tak perasan saya di sana. Saya melihat mereka memanaskan padang, ianya sangat sukar untuk saya melihatnya. Saya terus nak balik selepas lima minit kerana tak sanggup melihatknya lagi. Dalam kepala saya, saya memikirkan bahawa saya seharusnya berada di sana bermain. Namun itu bukan salah sesiapa, cuma itu hanya ‘pil’ [realiti] pahit untuk ditelan.”

Memang sukar untuk Muamba menerima hakikat dia terpaksa bersara seawal usia 24 tahun.

“Dia bukan pemain yang paling teknikal dan kami tertawa dalam latihan kerana dia selalu kalah dalam pertarungan skil, tetapi dia adalah jenis pemain yang anda mahukan dalam satu pasukan,” kata Wheater.

“Dia begitu kental ketika bertahan. Anda tidak pernah melihat siapa pun melewatinya. Dia hanya duduk di depan barisan pertahanan dan melakukan tugasnya. Dia juga mempunyai jarak hantaran yang hebat. Dia adalah kehilangan terbesar bagi kami dan kami akan selamat daripada penyingkiran jika dia cergas musim itu. Kami pasti akan bertahan. ”

Walaupun sembilan tahun kemudian, pemain berusia 32 tahun itu masih merasakan kesan mental akibat kejadian itu.

“Saya masih bimbang ini mungkin berlaku pada saya lagi. Kerana jantung saya baik-baik saja, tetapi  jauh di sudut hati saya, saya berfikir: tolong jangan biarkan ia berlaku lagi. Ketakutan inilah yang paling membimbangkan saya untuk bersikap jujur.”

Di sebalik ketakutannya, jelas Muamba terus bersyukur seumur hidup. Tahun lalu, dia dan isterinya Shauna menyambut anak keempat untuk keluarga mereka.

Dia graduated dari universiti dengan gelar BA dalam Sports Journalism dan, setelah mendapat semua lencana  kejurulatihannya, Muamba menjadi anggota staf pelatih Rochdale pada tahun 2018, di mana dia melatih pasukan bawah 16 tahun yang berpusat di Manchester Development Center kelab itu.

Muamba terus memberi nasihat kepada pemain yang berperanan dalam PFA. Tetapi apa pun yang berlaku dalam hidupnya dari sekarang, bekas pemain antarabangsa England Bawah-21 itu tahu betapa beruntungnya dia yang masih hidup memandangkan apa yang terjadi pada hari yang mengerikan itu pada tahun 2012.

“Setiap hari adalah keajaiban,” kata Muamba. “Saya tahu orang-orang yang menempuh jalan yang sama dengan saya dan tidak pernah akan keluar. Saya tidak berbeza dengan mereka. Tetapi lelaki besar [Tobin] di sana menyelamatkan saya untuk saya masih berada di sini.

“Mampu mengadakan perbualan dengan kamu adalah sangat mengagumkan. Bagi saya, setiap hari adalah bonus. Saya tidak menganggap hidup ini murah. Saya bersyukur berada di sini. Saya dapat menghabiskan masa dengan anak-anak saya. Saya boleh melakukan sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan oleh kebanyakan orang melalui perjalanan ini. Saya dapat bergerak dan melakukan semua yang saya mahu. Setiap hari adalah berkat. ”

Dan bagaimana dengan doktor yang menyelamatkan nyawanya pada hari itu?

“Walaupun sekarang, ketika saya menjalani pemeriksaan, saya pergi ke London dan berjumpa dengan orang-orang yang merawat saya pada hari itu,” kata Fabrice.

“Saya mempunyai pilihan untuk tinggal di sini di utara tetapi bagi saya, kerana kami menjalin hubungan itu dengan mereka, lebih baik kami tetap seperti itu. Saya terbiasa dengan mereka. Kami mempunyai hubungan yang baik.”

Baca yang lain

Ten Hag Kritik Pressing Sebelah Kiri

Erik Ten Hag mengkritik mutu pertahanan sebelah kiri pasukannya ketika menentang Fulham. Ini kerana arah tersebut sangat lemah ketika bertahan terutama sekali

Everton Dikembalikan Semula 4 Mata

EFL atau Liga Bola Sepak Inggeris telah memutuskan untuk meringankan hukuman pemotongan mata ke atas Everton. Ini selepas kelab Merseyside itu membuat