Fabrizio Romano: “Barcelona Pecat Setien”

Laporan oleh Fabrizio Romano menyatakan bahawa Quique Setien dipecat oleh Barcelona dan tidak akan mengendalikan lagi pasukan ini.

Kekalahan memalukan 2-8 di tangan Bayern Munich dalam aksi separuh akhir Liga Juara Juara Eropah 2019/20, membuatkan masa depan Setien di Barca berakhir selepas hanya satu setengah musim.

Setien menganggap kekalahan di tangan Barca adalah kekalahan yang sangat menyakitkan.

“Ianya kekalahan yang sangat menyakitkan. Mereka menjaringkan gol demi gol dan mereka mendapat merit. Kami bermula dengan sangat baik, namun kekuatan yang dimiliki lawan kami dalam banyak fasa telah meninggalkan kami,” tegas Setien.

Barcelona kalah dengan bolos 8 gol buat pertama kalinya di pentas Eropah.

Inilah pertama kali juga untuk Barca bolos 8 gol selepas kali terakhir pada 1946 di tangan Sevilla – dalam Copa Del Rey.

Bayern menjadi pasukan pertama menjaringkan 8 gol dalam satu perlawanan kalah mati dalam UCL.

Ini bermakna Barcelona menjadi pasukan pertama yang kalah dengan bolos 8 gol dalam satu perlawanan kalah mati Liga Juara Juara Eropah.

Segalanya serba tak menjadi di kem Barcelona musim ini. Bermula dengan pertelingkahan di antara BOD dengan pemain bintang mereka Lionel Messi.

Messi kecewa dengan kenyataan Abidal yang menuduh ada beberapa pemain Barca gembira dengan pemecatan Ernesto Valverde dan beliau menegaskan bahawa pemain pemain tersebut punca kepada pemecatan Valverde.

Abidal menyatakan pemain tersebut juga tidak memberikan komitmen lagi kepada Barca selagi lagi Ernesto Valverde ada dalam pasukan.

Komen itu mengundang amarah Messi yang secara terbuka meminta Abidal menamakan pemain tersebut. Messi kecewa kerana menurut beliau semua pemain Barca sentiasa memberikan komitmen 100%.

Malah Messi sebelum itu turut memberikan penghargaan kepada Valverde.

Seterusnya, Lionel Messi juga tidak sehaluan dengan pembantu Quique Setien, iaitu Sarabia yang dianggap Messi sebagai melebih lebih.

Kemudian, Barcelona bergelut dengan prestasi tak menentu di atas padang membuatkan mereka terlepas kesemua piala domestik termasuk La Liga yang dimenangi Real Madrid.

Harapan mereka untuk menamatkan musim dengan piala adalah UCL.

Namun ianya gagal berlaku kerana mereka disingkirkan dengan cara yang kejam oleh Bayern. Lebih menyakitkan pemain yang mereka cuba reject iaitu Coutinho masuk dari bangku simpanan dan menyumbang 2 gol serta 1 assist.

Dengan prestasi hambar ini bermakna Barcelona menamatkan musim tanpa piala buat pertama kali sejak 2006/07.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa Quique Setien tidak akan bersama Barcelona lagi selepas ini.

Setien ternyata gagal membentuk pasukan yang lebih baik dan kelihatan terlalu bergantung kepada Lionel Messi pada musim ini.

Selain daripada itu, beberapa perpindahan yang kurang memberangsangkan juga membuatkan Barcelona bergelut.

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan