Fabrizio Romano Laporkan Usaha City Mendapatkan Gvardiol Diancam Kegagalan Kerana Fabrizio Romano Sendiri

Sebelum ini Manchester City dan RB Leipzig sudah mencapai kesepakatan harga untuk Josko Gvardiol. Di mana pemain itu bakal menjadi pertahanan termahal di dunia dengan nilai €100 juta.

Fabrizio Romano turut menyatakan bahawa Gvardiol ke Man City sebagai HERE WE GO!

Gvardiol sudah lama setuju dengan syarat menyertai Manchester City. Menurut Fabrizio Romano kesepakatan terma peribadi dengan pemain sudah dicapai bulan lalu.

Pemain kemudian perlu menghadiri ujian medikal. Dan terdapat sedikit masalah pada proses ini. Di mana pemain dilaporkan masih belum menjalani ujian medikal kerana berlaku sedikit konflik di antara kedua dua kelab.

Fabrizio Romano melaporkan: “Rundingan untuk Gvardiol. Berlaku ketegangan antara Man City dan Leipzig pada fasa akhir rundingan. Josko masih tidak melengkapkan ujian medikal lagi.”

“Persetujuan verbal sudah dicapai semalam – ujian medikal sudah dijadualkan hari ini. Namun kemudian ada isu melibatkan kelab selepas kebocoran maklumat [tentang harga]. Membuatkan Leipzig masih tidak memberikan lampu hijau untuk pemain melakukan ujian medikal.”

Dipercayai RB Leipzig sebenarnya tidak berpuas hati dengan Fabrizio Romano yang melaporkan informasi terlalu banyak tentang pemain tersebut.

Oleh sebab itu, ada peminat berseloroh menyatakan:

“‘Isu di antara kelab selepas kebocoran maklumat’ – adakah Fabrizio menyatakan bahawa dia mungkin telah menghentikan Man City daripada menandatangani Gvardiol?”

Peminat Man City mulai bengang dengan Fabrizio Romano yang membuatkan rundingan ini terancam untuk gagal.

Seorang lagi peminat menyatakan bahawa, jika rundingan ini gagal dia akan unfollow Fabrizio Romano di Twitter.

Rundingan di antara kedua dua kelab masih berlangsung walaupun dalam suasana agak tegang.

Gvardiol masih berharap bahawa beliau akan berjaya menyertai Man City. Begitu juga dengan Manchester City yang mahu terus menyertakan Gvardiol dalam aksi pra musim mereka secepat mungkin.

Gvardiol merupakan pemain bek tengah yang meningkat naik pada musim lalu. Dia sebelum ini dikaitkan dengan kelab seperti Chelsea. Namun Leipzig tidak mahu menjualnya dan melanjutkan kontrak pemain itu.

Kini Leipzig sudah sedia menjualnya dengan harga sangat mahal. Sebagai tambahan Gvardiol baru berusia 21 tahun.

 

 

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid