Fabrizio Romano: Maguire Jumpa Ten Hag Selepas Mendengar Barca Serius Mahukannya

Harry Maguire sekali lagi dikaitkan dengan kelab besar iaitu Barcelona. Sebelum ini Maguire dikaitkan dengan Chelsea. Chelsea dikatakan berminat untuk membina DNA Inggeris dalam pasukan mereka musim hadapan. Tetapi Chelsea hanya menawarkan harga jauh lebih rendah daripada angka GBP80 juta dibayar United kepada Leicester.

Namun begitu tidak ada tanda tanda Chelsea memulakan langkah membeli Maguire.

Kini sebuah lagi kelab bekas juara Eropah, Barcelona turut mahukan bek tengah Manchester United itu yang dilihat mungkin akan disenarai untuk dijual oleh Manchester United.

Namun situasinya tidak semudah disangkakan oleh Barcelona. Ini kerana Erik Ten Hag tidak berganjak dengan pendiriannya sebelum ini bahawa dia mahukan Maguire menjadi nadi pertahanannya.

Mendengarkan minat daripada Barcelona itu, Harry Maguire tanpa berlengah terus berjumpa dengan Erik Ten Hag sebagai anak jantan Inggeris.

Dia bertanya kepada Ten Hag, apakah kedudukannya dalam projek baharu pengurus tersebut. Dia mahu tahu apakah perancangan kelab di masa akan datang dan bagaimana dengan isu masa depannya.

Selaku kapten pastinya dia mahu tahu semua itu.

Namun Ten Hag sudah menyatakan bahawa dia tak akan melepaskan Maguire.

Ten Hag berkata: “Musim baharu, adalah musim, berbeza.”

Menurut Ten Hag, Harry Maguire telah mencapai banyak kejayaan sepanjang kariernya terutama sekali bersama Man United. Dia juga merupakan bek tengah yang banyak menyumbang kepada Manchester United.

Jadi, Ten Hag ada alasan kukuh untuk tidak sabar sabar mahu bekerjasama dengan Harry Maguire. Sekaligus menepis sebarang spekulasi bahawa Ten Hag mungkin akan menjual pemain itu.

“Dia [Harry Maguuire] melakukan tugasnya dengan hebat sekali. Dia pemain yang hebat. Dia mencapai banyak kejayaan di United, dengan sumbangannya yang banyak kepada Manchester United. Saya sudah tak sabar sabar nak bekerjasama dengan beliau.”

Harry Maguire musim ini kerapkali menjadi pemain yang dikritik oleh penyokong Manchester United. Malah ramai yang menganggap Maguire terlalu jauh standardnya untuk menjadi kapten Manchester United.

Pemain bek tengah England itu dibeli dengan nilai £80 dari Leicester pada 2019. Dan kini sudah memiliki 42 kaps bersama England.

Pandangan Erik Ten Hag tentang Maguire ini juga selari dengan laporan sebelum ini yang menyatakan bahawa Ten Hag mahu menjadikan Maguire sebagai asas penting dalam pertahanan pasukannya.

Di mana Manchester United kini sudah merancang untuk menjual beberapa nama dari bahagian pertahanan mereka. Ini termasuk Aaron Wan Bissaka dan juga Erik Bailly.

Kedua dua pemain tidak berada di dalam perancangan Ten Hag untuk musim hadapan.

Namun itu tidak bermaksud Man United meletakkan harga lelong rendah kaw kaw untuk dua pemain itu. Misalnya untuk Aaron Wan Bissaka, United hanya akan mendengar tawaran bermula £40 juta.

Ini kerana mereka membeli pemain itu dengan nilai £50 juta sebelum ini.

Barcelona dikatakan sedar bahawa bukan mudah untuk mereka mahukan Maguire. Mereka mungkin hanya menyatakan hasrat mereka untuk menggoyahkan kesetiaan Maguire kepada Man United.

Namun buat masa ini, itu tidak menjadi!

Barcelona masih berusaha mencari bek tengah baharu yang berkualiti. Dengan pemain seperti Pique yang semakin menuju ke penghujung karier, mereka benar benar berminat dengan pemain seperti Maguire.

Selepas Ten Hag memberikan jaminan kepada Maguire, rasanya pemain itu sudah sedia untuk terus kekal di Man United.

Dia mungkin akan menunjukkan kebangkitan di bawah Ten Hag? Siapa tahu. Walaubagaimanapun, masih belum ada jaminan bahawa Maguire akan menjadi kapten United di bawah Ten Hag.

Baca yang lain

Nunez Skor Gol Kemenangan Minit Ke-90+9

Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest. Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di