Fabrizio Romano: Selepas Hampir Dapatkan Werner, Leipzig Sailang Chelsea Dan United Untuk Dapatkan Benjamin Sesko

RB Leipzig kini dalam proses memuktamadkan penandatanganan 2 pemain penyerang. Pertamanya Timo Werner dan keduanya ialah Benjamin Sesko.

Chelsea dan Man United merupakan dua pasukan yang dikaitkan dengan pemain tersebut.

Dengan Manchester United sudah menghantar wakil mereka yang diketuai Pengarah Sukan iaitu Jon Murtough untuk berunding dengan ejen Sesko.

Chelsea turut mengintai peluang menyailang Man United dalam perjanjian tersebut dengan menawarkan bola sepak UCL kepada pemain itu.

United semakin terdesak mahukan pemain no.9 selepas kecederaan Anthony Martial. Mereka juga masih belum pasti tentang masa depan Cristiano Ronaldo.

Chelsea kehilangan Romelu Lukaku, dan bakal kehilangan Timo Werner kepada RB Leipzig.

Namun begitu RB Leipzig tiba tiba menjadi pasukan yang medahului persaingan mendapatkan Sesko. Beberapa hari lalu, Fabrizio Romano menyatakan bahawa Pengarah Besar Leipzig, Oliver Mintzlaff dari RedBull Group bertemu dengan ejen pemain tersebut serta Sesko sendiri untuk membincangkan perpindahan itu.

Ianya tetap tak mudah kerana ejen kepada Sesko masih menjadi pihak yang boleh mengawal situasi melibatkan masa depan pemain itu.

Kunci kepada kejayaan mereka adakah kesudian Leipzig untuk membenarkan pemain itu kekal di sana musim ini.

Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano melaporkan bahawa: “RB Leipzig semakin hampir memuktamadkan perjanjian mendapatkan Sesko untuk musim panas 2023. RB Salzburg menolak cadangan untuk melepaskan pemain itu pada musim panas kali ini. Sesko gembira untuk terus kekal semusim lagi. Perjanjian ini bakal dimuktamadkan pada akhir minggu ini.”

Walaupun sudah mendapatkan Sesko untuk musim 2023, Leipzig tetap meneruskan usaha membawa pulang Timo Werner. Fabrizio Romano sebelum ini menyatakan bahawa rundingan mendapatkan Werner bukan untuk pinjaman semata mata tetapi untuk pembelian tetap.

Hubungan antara RB Leipzig dan RB Salzburg juga memainkan peranan penting dalam perkara ini. Di mana perjanjian ini hanya menelan harga €24 juta.

Sedangkan sebelum ini United dilaporkan diberitahu bahawa mereka harus membayar sekitar €45 juta untuk pemain itu.

Kini Manchester United dikaitkan dengan Arnautovic. Yang lebih kepada pembelian panik. Pemain itu mengenali Erik Ten Hag dan McLaren ketika bermain untuk FC Twente.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil