Apabila baris ayat keramat Here We Go sudah ditulis oleh Fabrizio Romano bermakna berlakulah perpindahan tersebut.
Erik Ten Hag dilaporkan sudah mencapai persetujuan dengan Manchester United. Dan pengurus itu dijangka akan diumumkan sebagai pengurus baharu Man United dalam masa terdekat.
Masih ada beberapa dokumen dan prosedur yang harus diselesaikan oleh 3 pihak, Manchester United, Ajax dan Erik Ten Hag.
Antara yang dibincangkan adalah bayaran tebus kontrak Ten Hag. Di mana kontrak Ten Hag ada klausa pelepasan €2 juta.
Erik Ten Hag akan cuba membawa Mitchell van der Gaag sebagai pembantunya. Dia juga mempertimbangkan kemungkinan mahu membawa masuk Steve McLaren ke dalam pasukan kejurulatihannya.
Erik ten Hag to Manchester United, here we go! Agreement on contract now set to be completed. Mitchell van der Gaag, priority candidate for coaching staff. 🔴🤝 #MUFC
Ajax & Man United in contact to discuss €2m clause – announcement timing depends on this [not today/tomorrow]. pic.twitter.com/byQvO8Pkn5
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 18, 2022
Manchester United memperlahankan proses ini kerana mereka mahu menghormati Ajax yang masih berduka selepas tewas 1-2 di tangan PSV Eindhoven dalam aksi final Piala KNVB.
Manchester United dan Ajax akan berhubung secara terus pada minggu ini berkaitan dengan klausa pelepasan Erik Ten Hag.
Selepas segalanya selesai, maka Ten Hag akan diumumkan secara rasmi oleh Manchester United. Ini juga akan menjadikan beliau sebagai pengurus kelima United selepas persaraan Sir Alex Ferguson.
Saga pengurus baharu Manchester United
Manchester United sebelum ini dikaitkan dengan beberapa pengurus lain selain Ten Hag. Antaranya Mauricio Pochettino. Namun kesepakatan gagal dicapai kerana Pochettino mahukan kontrak tetap pada Januari lalu dan bukan interim.
Seterusnya PSG memutuskan untuk tidak mendengar sebarang tawaran ke atas Pochettino sehingga tamat musim ini.
Selain Pochettino, nama pengurus Sepanyol, Luis Enrique juga dalam senarai. Namun pengurus itu membuat kenyataan terbuka menyatakan dia sangat bahagia dengan tugasannya di Sepanyol.
Seterusnya nama Antonio Conte juga sangat hampir dilantik United. Namun kedua dua pihak gagal mencapai kesepakatan dalam isu dana yang dimahukan Conte dalam projek pemulihan United kerana pemilik kelab mahukan United kembali memenangi piala major sekali lagi terutama sekali EPL dan UCL.
Bukan itu sahaja, nama bekas pengurus Liverpool, Brendan Rodgers juga dalam senarai pertimbangan Man United.
Ralf Rangnick turut tidak ketinggalan. United dikatakan sedia mempertimbangkan Rangnick jika dia membawa United menjuarai UCL musim ini. Malangnya United tersingkir di peringkat 16 akhir di tangan Atletico Madrid.
Conte kemudian menyertai Spurs. Dan United menumpukan kepada 2 calon utama iaitu Erik Ten Hag dan Mauricio Pochettino.
Kedua dua pengurus dilaporkan sudah ditemuduga oleh kelab sebelum ini.
Ralf Rangnick antara yang memainkan peranan penting dalam pemilihan pengurus.
Rangnick lebih cenderung mahukan Ten Hag kerana falsafah bola sepak mereka yang mirip iaitu sukakan bola sepak dengan intensiti tinggi dan penguasaan bola.
Ini akan membolehkan kedua duanya saling membentu sinergi selepas ini.
Manchester United kini masih dikendalikan oleh Ralf Rangnick sebagai interim. Rangnick selepas ini akan memulakan tugasannya selaku penasihat pembangunan Manchester United bermula musim hadapan.
Tugasannya adalah lebih kepada pembangunan bakat dan DNA bola sepak Manchester United.
Erik Ten Hag merupakan bekas protege Pep Guardiola. Namanya mulai menjadi bualan sejak membantu membangkitkan semula Ajax sehingga kembali menjuarai Eredivisie sekali lagi dan membawa skuad muda Ajax mara ke separuh akhir UCL beberapa tahun lalu.
Ianya dianggap salah satu pasukan muda paling mengujakan di Eropah pada masa itu. Dengan adanya bakat seperti Mathijs De Ligt, Frenkie De Jong dan juga Donny Van De Beek yang kemudian berhijrah ke kelab lain.