Fabrizio Romano Tiriskan Keputusan Ballon d’Or: “Messi Adalah Pemenang”

Fabrizio Romano sebelum ini sempat membocorkan keputusan pemenang Ballon d’Or musim ini. Dan dia menegaskan bahawa pemenangnya adalah Messi.

Post itu bagaimanapun dipadamkan semula Fabrizio Romano. Namun dia tetap meng-tweet-semula berita yang menyatakan tentang kemenangan Messi pada kali ini.

Laporan tersebut juga meletakkan sumber rujukan mereka ialah Fabrizio Romano. Laman All About Argentina menulis: “Dalam jadual Messi, 30 Oktober di Paris untuk Malam Gala Ballon d’Or dan harapan jelas sekali untuk Messi. Kita akan tengok apa yang akan berlaku nanti. Messi benar benar sedia untuk gala itu dan peluuang sangat penting.”

Laman Sports turut mendedahkan kebocoran keputusan itu. Menegaskan bahawa Messi akan memenangi Ballon d’Or kelapan dalam kariernya.

Dia dan kemnya sudah sedia untuk datang semula ke Paris. Kali ini untuk mengutip trofi Ballon d’Or.

Jika itu benar benar berlaku bermakna, Messi berjaya mengenepikan saingan sengit daripada Erling Haaland di mana pemain itu membantu Man City memenangi treble.

Messi memenangi Ligue 1 bersama PSG. Dan kemudian membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 yang dianggap pencapaian terbesar dan pelengkap kepada statusnya sebagai GOAT.

Trofi Piala Dunia dianggap perbezaan penting buat Messi mengatasi Cristiano Ronaldo sebagai GOAT dalam arena bola sepak.