Facebook Ada Aplikasi Untuk Anda Buat Memes Sendiri

Facebook dilaporkan sudah melancarkan aplikasi khas untuk anda mencipta memes sendiri. Anda tak pernah dengar dan tahu kan?

Sebenarnya, memang ramai tak tahu. Sebab buat masa ini Facebook tak mahu menghebahkan perkara itu.

Bagi yang gemar menggunakan memes dalam mengekspresikan sesuatu di media sosial, ini pastinya berita baik untuk anda.

Berdasarkan laporan oleh The Information, NPE (New Product Experimentation) oleh Facebook itu akan dikeluarkan secara kecil-kecilan di kumpulan tertentu terlebih dahulu.

Buat masa ini ianya sudah tersedia di App Store di Kanada.

Berdasarkan laporan oleh Mashable,  aplikasi itu bermana Whale dan ianya percuma. Membolehkan para pengguna untuk mencipta memes dengan bebas menggunakan gambar di galeri peribadi ataupun galeri pada aplikasi.

Anda pilih gambar yang anda mahu ‘ganerate’ menjadi memes kemudian, boleh tambah teks, effect, pelekat , emoji dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, aplikasi ini masih dalam percubaan. Facebook mahu mengkaji kesannya kepada pengguna dan Facebook.

Jika ia banyak memberikan keburukan, Facebook akan menarik  balik aplikasi tersebut.

Namun kalau yang kaki memes ni, mereka dah ada berlambak aplikasi yang mereka gunakan.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi