Facebook Membeli Giphy Dengan Nilai RM1.74 Billion

Korang suka kan dengan komen dalam bentuk GIF file? Ala, komen dengan gamar ala video tu, dan kebanyakannya adalah berbentuk klip pendek serta memes.

GIF telah menjadi satu elemen penting di dalam media sosial selain daripada Emoji. Selepas Twitter mengukuhkan komen berbentuk GIF, popularitinya merebak ke Facebook.

Menyedari akan evolusi di dalam media sosial itu, Mark Zuckerberg dilaporkan sedang berbincang untuk membeli Giphy – laman web gif – dengan nilai $400 juta ataupun sekitar RM1.74 billion.

GIF akan diintergrasikan lebih pesat selepas ini dengan Facebook dan juga instagram apabila kerjasama ini sudah termeterai kelak.

Giphy merupakan salah satu laman web untuk pustaka gif yang terbesar di dunia. Ianya membenarkan pengguna memuat naik dan memuat turun, serta menempel (embed) fail gif pada laman sosial dan juga beberapa platform digital yang lain.

Menurut laporan Axios, kedua dua pihak sudah memulakan perbicangan dalam beberapa minggu ini. Namun kerjasama ini lebih kepada rakan kongsi berbanding dengan pemilikan penuh.

Giphy merupakan laman web yang berpangkalan di New York telah menjana sekitar $150 juta sejak 2013.

Facebook percaya langkah ini akan menguatkan lagi kuasa Facebook sebagai platform digital dan juga platform jual beli.

Selain itu Facebook juga serius dalam membangunkan platform Facebook gaming pada tahun ini, selepas kejayaan luar biasa sejak ia dilancarkan.