Facebook Messenger Akan Memaklumkan Kalau Perbualan Anda Di-screenshoot

Facebook Messenger tidak lama lagi akan memberitahu penggunanya apabila mesej ataupun perbualan menerusi teks mereka telah ditangkap layar atapun di-screen shot.

Perkara itu telah diumumkan oleh Mark Zuckerberg.

Tangkapan skrin rahsia adalah perkara yang boleh menjadi menyeronokkan dan pada masa yang sama boleh menjadi malapetaka. Ada mereka suka menangkap layar detik lucu dalam sembang kumpulan sebelum dikongsi kepada umum ataupun kumpulan whatsApp.

Seterusnya screenshot juga boleh menjadi satu manfaat untuk pengguna melampirkan bukti perbualan untuk kes kes tertentu.

Namun ada juga yang menjadi satu pembelotan ke atas perbualan yang dianggap rahsia.

Untuk memastikan lebih keselamatan untuk penggunanya, Messenger meniru apa yang dibuat Snapchat; dalam erti kata lain, jika anda menggunakan ciri ‘dissapearing messages’, pengguna lain akan dimaklumkan jika anda cuba menangkap skrin sembang.

Lewat minggu lalu, Zuckerberg berkongsi tangkapan skrin perbualan dia dengan isterinya, Priscilla Chan. ‘Kemas kini baharu untuk sembang Messenger akan mengalami ‘end-to-end encrypted’ supaya anda mendapat pemberitahuan jika seseorang merakam tangkapan skrin mesej yang hilang [disappearing messagers]. Kami juga menambahkan GIF, pelekat dan reaksi pada sembang yang ‘encrypted’ juga,’ tulisnya.

Tangkap layar itu menunjukkan pemberitahuan yang berbunyi, “Priscilla menghidupkan fungsi mesej menghilang. Semua mesej baharu akan dialih keluar 12 jam selepas anda melihatnya.”

Pada masa ini, ini hanya tersedia kepada pengguna di AS, dan dijangka akan dilancarkan ke Eropah dan zon lain dalam beberapa minggu akan datang.

Walaupun WhatsApp membenarkan penggunanya menghantar mesej yang dipadamkan secara automatik selepas tujuh hari, ‘Mod Lenyap’ / vanish mode Facebook memadamkan mesej sebaik sahaja pengguna meninggalkan ruangan sembang, dan fungsi ‘perbualan rahsia’ membolehkan orang ramai menetapkan pemasa tertentu, bila mesej itu akan hilang.

Dalam kenyataan tambahan, Mark Zuckerberg berkata: “Orang ramai mengharapkan aplikasi pemesejan mereka selamat dan peribadi, dan dengan ciri baharu ini, kami memberi mereka lebih kawalan ke atas betapa peribadinya perbualan mereka termasuk mesej dan panggilan.”

“Orang ramai tidak selalu mahu atau memerlukan mesej mereka kekal dan kawalan pemasa membenarkan seseorang memutuskan bila mesej mereka tamat tempoh dalam sembang. Kami telah mengemas kini tetapan ini untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada orang dalam sembang untuk memilih jumlah tempoh masa sebelum semua mesej baharu hilang, daripada seawal 5 saat hingga selama 24 jam.”

Tindakan itu telah dipuji oleh beberapa pengguna.

Baca yang lain