Facebook Messenger Dengan Tema Star Wars Sempena Kehangatan Filem Baharu

Star Wars ni ramai peminat dia di seluruh dunia. Sebab tu setiap kali filem baharu dia nak keluar, promosi dia lain macam sedikit.

Terbaru, Facebook akan menceriakan hidup peminat Star Wars di fb messenger masing-masing selepas ini.

Di mana para pengguna boleh menggunakan background Star Wars, stiker, serta kesan khas dengan bebintang bintang di belakang anda.

Di mana ia tersedia dalam kemaskini terbaharu untuk Facebook Messenger.

Anda juga boleh kelihatan seperti sedang terbang di angkasa lepas dengan kesan khas.

Ianya adalah hasil kerjasaman Facebook dengan Disney sempena meraikan filem terbaru Star Wars: The Rise of Skywalker, yang akan menemui penonton pada 19 dan 20 Disember ini.

Namun yang sedihnya, benda ni limited edition. Di mana tidak semua telefon pintar boleh menerima feature khas ini.

Bertabahlah.

Baca yang lain