Facebook telah menukar nama koporatnya kepada Meta sebagai salah satu daripada penjenamaan semula major dibuat oleh syarikat tersebut.
Namun nama platform seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp masih dikekalkan. Cuma perubahan pada nama syarikat induk sahaja.
Rombakan besar besar ini dibuat selepas beberapa tahun ini Facebook berdepan dengan banyak cabaran. Ini termasuk kes mahkamah, isu pelanggaran privasi, berdasarkan beberapa dokumen yang dibocorkan oleh bekas pekerja mereka.
Terbaruk, Frances Haugen menuduh Facebook mengutamakan keuntungan berbanding dengan keselamatan penggunanya.
Langkah menukar nama syarikat induk itu pernah dilakukan Google pada 20015 yang menggunakan nama firma induk Alphabet.
Boss besar Facebook, Mark Zuckerberg sebelum ini mengumumkan bahawa mereka mahu mewujudkan metaverse yang membolehkan orang ramai bermain video game, bekerja dan berkomunikasi dalam persekitaran virtual seperti menggunakan VR.
Mark Zuckerberg menegaskan bahawa, mereka perlu berubah segera. Zuckerberg berkata: “Selepas ini, saya berharap kita akan dapat melihat syarikat metaverse dan saya mahu memacu kerja kerja dan identiti kami. Itulah yang sedang kami usahakan ketika ini.”
“Kita sedang melihat dan melaporkan perniagaan kami yang terbahagai kepada dua segmen berbeza, pertamanya untuk keluarga aplikasi kami dan satu lagi untuk kerja yang kami lakukan untuk platform di masa akan datang.”
“Dan sebagai sebahagian daripada ini, sudah tiba masanya untuk kami mengguna pakai jenama syarikat baharu untuk merangkumi semua yang kami lakukan, untuk mencerminkan siapa kami dan apa yang kami harap dapat bina.”
Meta juga melancarkan logo baharu di ibu pejabatnya di Menlo Park, California, pada hari Khamis, Menggantikan logo “like” ibu jarinya dengan bentuk infiniti biru.
Zuckerberg berkata nama baharu itu menggambarkan bahawa dari semasa ke semasa, pengguna tidak perlu menggunakan Facebook untuk menggunakan perkhidmatan lain syarikat itu.
Perkataan “meta” berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud “di luar”.
Daripada menggunakan komputer, orang dalam metaverse mungkin menggunakan set kepala [VR headset] untuk memasuki dunia maya yang menghubungkan semua jenis persekitaran digital.
Diharapkan dunia maya boleh digunakan untuk apa sahaja dalam kehidupan harian manusia. Daripada kerja, sehinggalah ke aktviti seperti bermain game dan konsert, termasuk bersosial dengan rakan dan keluarga.
Facebook berkata ia berhasrat untuk memulakan dagangan sahamnya di bawah tanda saham baharu MVRS mulai 1 Disember.