Faecbook Tukar Nama Syarikat Minggu Depan

Semua orang tahu apa itu Facebook. Media sosial paling berpengaruh yang dibina oleh Mark Zuckerberg dan Eduardo Saverin pada 2004.

Nama Facebook adalah diambil sempena dengan satu lama direktori pelajar yang seringkali digunakan di Amerika. Ianya juga digunakan pelajar pelajar di Amerika untuk berkenalan dengan satu sama lain.

Selepas melihat sambutan luar biasa di kampus terutama sekali di kalangan pelajar pelajar Havard yang memiliki alamat email dengan harvard.edu.

Sean Parker, iaitu pencipta  Napster, telah menasihatkan Zuckerberg menggunakan nama Facebook sahaja dan membuang ‘The’ daripadanya. Dan itulah nama Facebook yang kita kenali pada hari ini.

Selepas sekian lama menggunakan nama Facebook, dilaporkan Mark Zuckerberg sudah sedia untuk menjenamakan semula nama syarikat beliau, seperti mana dilaporkan The Verge.

Mark Zuckerberg dijangka akan mengumumkan perubahan pada nama syarikat beliau pada persidangan tahunan syarikatnya pada 28 Oktober ini.

Facebook masih akan menggunakan aplikasi yang sama seperti sedia ada. Tiada perubahan dari segi itu. Namun Facebook akan melakukan perubahan pada nama syarikat pemilik pernigaan. Ini selepas berlaku perubahan pada pemilikan syarikat mereka dalam beberapa tahun ini.

Di mana Facebook berjaya mendapatkan hak milik aplikasi seperti Instagram, WhatsApp, Oculus dan lain lain.

Ianya tak ubah seperti Google yang kini beroperasi di bawah jenama Alphabet, dan Snapchat, di bawah jenama Snap Inc.

Masih tidak ada komen lagi daripada Facebook tentang nama baharu Facebook, sama ada nama aplikasi tersebut pun akan turut ditukar?

Pada Julai lalu, Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa beliau merancang untuk menjadikan Facebook sebagai syarikat metaverse berbanding dengan hanya melihat mereka sebagai sebuah syarikat media sosial utama.

Metaverse merujuk kepada persekitaran dunia digital pelbagai platform yang boleh diakses orang ramai melalui Internet. Dan ianya menggalakkan pengguna turut terlibat dalam penghasilan konten berbanding dengan hanya melihat konten.

Baca yang lain