Pemain Juventus, Nicolo Fagioli dilaporkan telah bertaruh €1 juta bahawa dua rakan senegaranya, Zaniolo dan juga Tonali akan dilayangkan kad kuning pada hari tertentu.
Dan dia dikatakan telah menuntut wang sebanyak €1 juta daripada sebuah syarikat perjudian haram. Membuatkan 3 pemain itu disiasat oleh polis Itali.
Fagioli dikatakan telah mengakui dia ada membuat pertaruhan dalam bola sepak. Namun pertaruhan itu tidak melibatkan dirinya. Dia sudah menyerahkan diri kepada polis serta merta selepas disyaki terlibat dalam perjudian haram.
Kenyataan Fagioli itu juga membuatkan 2 lagi rakannya ditahan untuk siasatan. Jika didapati bersalah mereka bertiga akan berdepan dengan hukuman berat daripada pihak berkuasa dan juga liga mereka bermain.
Sebelum ini laporan menyebut Zaniolo dan juga Tonali terpaksa dilepaskan oleh kem kebangsaan Itali kerana perlu menyelesaikan urusan dengan polis berkaitan dengan perjudian bola sepak.
Tonali merupakan pemain penting Newcastle musim ini. Seterusnya Zaniolo bermain untuk Aston Villa selepas menyertai pasukan itu secara pinjaman dari AS Roma.
Them driving from the casino after big wins🔥 pic.twitter.com/PM1MXCGykc
— Mate (@ThatOneMate55) October 14, 2023
Sebelum ini di England sudah beberapa pemain digantung kerana terlibat perjudian haram. Antara Daniel Sturridge, Kieran Trippier dan terbaru Ivan Toney.
Untuk Trippier, dia didapati bersalah kerana menggalakkan rakan dan saudaranya bertaruh bahawa dia akan menyertai Atletico dari Spurs.
Kemudian Ivan Toney digantung selepas terlibat dalam lebih 100 perjudian bola sepak ketika dia masih bergelar pemain.