Fagioli Salahkan Emaknya Dan Tonali Punca Dia Berjudi

Selepas membuat rayuan dengan FIGC , yang membatalkan hukuman penggantungan selama 12 bulan kepada hanya 7 bulan daripada aktiviti sukan. Laporan di Itali menyebut Fagioli menyalahkan emaknya punca dia berjudi.

Ini kerana emaknya memegang kad bank dan mengawal wang gajinya. Membuatkan dia berhutang dengan kawannya kerana mahu membeli jam.

Fagioli berakata: “Saya mula bertaruh di Torino semasa kem latihan pasukan kebangsaan Bawah 21 tahun. Saya mula bertaruh kerana saya melihat orang lain melakukannya. Dalam pasukan kebangsaan, pertaruhan adalah menyeronokkan bagi saya.”

“Saya mendapati diri saya dalam kedudukan tertekan yang disebabkan oleh hutang. Terdapat pertaruhan ke atas kesalahan dan kad kuning: ia dicadangkan kepada saya, tetapi saya tidak menerima kerana ia bertentangan dengan etika saya .”

Kemudian dia juga menyalahkan Tonali sebagai punca dia terlibat dalam perjudian bola sepak melibatkan kad kuning dan sebagainya, seperti mana yang dia akui kepada FIGC pada 5 September:

” Dialah [Tonali] yang mencadangkan saya bermain di laman pertaruhan haram Icebet dan membuat saya mendaftar melalui akaun laman berkenaan. Saya tidak tahu dia sebenarnya mengajak saya bertaruh dalam bola sepak.”

“Saya mendengar orang kata bahawa dia mempunyai banyak hutang perjudian. Saya membuat pertaruhan pertama yang saya pertaruhkan pada acara tenis dan kemudian pada bola sepak, tetapi saya tidak pernah bertaruh pada Cremonese dan/atau Juventus .”

“Saya bertaruh pun sekadar untuk isi masa lapang membuang kebosanan.”

“Saya bertaruh dalam perlawanan Torino-Milan pada 30 Oktober 2022, kemudian pada perlawanan Liga Juara-Juara 2021-22, seperti Porto-Atletico Madrid dan Real Madrid-Inter.

Fagioli terus bercakap tentang pinjaman yang dia hutang daripada rakan sepasukannya: “Saya meminta Gatti meminjamkan saya wang sebanyak 40 ribu euro , tetapi memberitahunya bahawa saya memerlukan wang itu untuk membeli jam tangan.”

“Dan saya masih perlu membayar balik kepadanya . Akaun semasa saya dikawal oleh ibu saya. Dragusin meminjamkan saya lagi 40 ribu euro pada Oktober 2022 dan saya juga perlu mengembalikannya kepadanya. Pinjaman telah dikreditkan kepada saya melalui pindahan wang melalui bank ke kedai barang kemas di Milan di mana saya membeli jam tangan mewah untuk dihantar ke pejabat perjudian.”

Akhirnya, Fagioli bercakap tentang hutangnya: ” Jumlahnya hampir tiga juta . Ketika hutang saya meningkat, saya menerima ancaman fizikal yang semakin berat seperti: ‘Saya akan patahkan kaki awak’. Saya fikir saya beertaruh hanya untuk memulihkan hutang. Semasa Sassuolo-Juventus (April 2023, ed) saya melakukan kesilapan teknikal dan telah diganti. Saya menangis di bangku simpanan memikirkan hutang pertaruhan saya.”

Akibat kenyataan Fagioli inilah menyebabkan Sandro Tonali terus dicekup pihak berkuasa untuk siasatan di Itali. Newcastle sudah mengesahkan bahawa pemain itu sedang memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Ejen kepada Tonali mengakui kliennya itu ketagih judi. Tonali kini berdepan dengan hukuman sangat berat jika didapati bersalah.


Baca juga: AC Milan Jual Tonali Kerana Tau Dia ‘Taik’ Judi

Sandro Tonali akhirnya mengaku bahawa dia ada berjudi melibatkan pasukan yang dia sendiri bermain. Namun dia menegaskan bahawa dia akan sentiasa bertaruh bahawa AC Milan akan menang dan ketika dia tidak bermain.

Sebenarnya Sandro Tonali memang ada masalah ketagih judi yang kronik. Ejennya Riso berkata: “Sandro ada ketagihan judi yang kronik. Dia sedang bertarung untuk melawannya. Dan saya benar benar yakin dia akan menang dalam permainan yang sukar ini.”

“Dia masih lagi terkejut dan sedih sekali. Saya di sini mahu mengucapkan terima kasih kepada Newcastle kerana sentiasa menyokong Sandro. Dia berlatih seperti biasa dan boleh bermain pada Sabtu.”

Dia dengan dua lagi rakannya iaitu Fagioli serta Nicolo Zaniolo sebelum ini diarahkan menyerah diri kepada polis untuk soal siasat.

Nama Tonali mulai berada dalam senarai siasatan polis eelrpse Fagioli yang paling awal kantoi telah memetik namanya. Menurut Fagioli, dia berjudi kerana diperkenalkan oleh Tonali kepada satu aplikasi perjudian.

Korang mesti ada member jenis macam ni. Kantoi je terus tarik nama lain.

Dan ketiga tiga mereka sudah berbuat demikian pada minggu antarabangsa FIFA yang lalu. Di mana pasukan Itali melepaskan pemain yang terlibat daripada tugasan kebangsaan.

Fagioli sudah dijatuhi hukuman gantung 7 bulan.

Dengan pengakuan oleh Tonali itu, maka pemain itu kini berdepan dengan hukuman penggantungan yang panjang. Menurut Sky Sports, hukuman penggantungan itu sehingga 3 tahun.

Satu lagi berita mengejutkan adalah, AC Milan memang sudah tahu Tonali ni ada masalah taik judi. Dan itulah sebabnya kenapa AC Milan memutuskan untuk menjualnya ke Newcastle apabila ada tawaran. Pada masa itu Tonali tak begitu gembira dengan penjualan itu.

AC Milan tahu bahawa Tonali akan kantoi juga suatu hari nanti dan dia akan menyusahkan pasukan jika digantung panjang. Kini ada peminat AC Milan berkata: “Patutlah AC Milan tiba tiba nak jual Tonali sedangkan dia pemain terbaik kita musim lepas.”

Tindakan Milan itu dikatakan tidak menggembirakan Newcastle yang mungkin akan menyaman kelab itu kerana tidak berterus terang dalam perkara itu ketika rundingan berlaku.

Ejen Tonali berharap isu judi yang sedang hangat melanda pemain itu akan membantu pemain itu keluar daripada najis judi itu.

“Saya berharap isu yang berlaku hari ini akan menyedarkan dia dan membantu dia keluar daripada masalah judi ini. Dia masih muda. Dan kita mahu dia berjaya keluar daripada masalah ini. Sama juga dengan anak anak muda yang lain,” tegas Riso lagi.