Faiq Bolkiah: Kecewa Tak Bermain Walau Seminit, Pemain Dengan Kekayaan RM63.3B Cari Kelab Baru

Faiq Bolkiah dianggap pemain bola sepak terkaya di dunia. Walaupun dia bukan pemain bola sepak dengan pendapatan tertinggi.

Jumlah kekayaan Faiq dikatakan mencecah USD15 billion / RM63.3 billion – dengan ratusan kereta mewah di garajnya. Dan kini anak saudara sultan Brunei itu sedang menganggu dan mencari kelab baharu.

Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah yang merupakan salah seorang manusia terkaya di dunia. Jadi, Faiq juga memiliki kekayaan yang sangat luar biasa.

Tamatkan kontrak bersama Maritimo

Faiq Bolkiah memutuskan untuk menamatkan kontraknya menerusi perundangan. Ini selepas kelab Portugal, Maritimo tidak memberikannya sebarang minit permainan kepadanya sejak Faiq menyertai mereka dari Leicester City.

Faiq Bolkiah masih menantikan debut profesional beliau di Eropah. Di Leicester beliau turut gagal mendapat tempat dalam skuad senior The Foxes.

Ketika di Maritimo, harapan Faiq untuk melakukan debut awalnya dilihat cerah apabila diletakkan di bangku simpanan dalam aksi berdepan Sporting Lisbon pada Februari.

Namun malangnya, Faiq hanyalah menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan pasukan ketika itu.

Pada Jun 2022, Faiq diturunkan pangkat ke pasukan Maritimo B yang merupakan skuad pembangunan.

Kelab akhirnya mengumumkan bahawa, persetujuan sudah dicapai untuk menamatkan kontrak pemain itu atas persetujuan bersama.

Faiq Bolkiah sudah sedia mencari pasukan baharu. Beliau menyifatkan dirinya sebagai pemain yang laju dan tangkas. Boleh bermain di posisi sayap dan peranan no.10.

Faiq berkata: “Saya pemain yang laju dan pantas, boleh mencetuskan sesuatu agar berlaku. Saya pemain sayap dan juga pemain no.10/ Saya suka bermain bola sepak yang direct dan suka menjaringkan gol.”

Oleh itu Faiq Bolkiah mengalu alukan sebarang tawaran ke atasnya, bagi mana mana kelab yang merasakan mereka mencari pemain sayap yang laju, kreatif dan boleh menjaringkan gol.

Lahir di Los Angeles, Faiq memulakan kariernya di England bersama akademi AFC Newbury. Faiq Bolkiah kemudian lulus menyertai akademi Southampton dan kemudian bersama dengan akadmi Arsenal, Chelsea serta Stoke City, sebelum menyertai Leicester pada 2016.

Di luar padang, Faiq Bolkiah seorang yang kaya raya. Beliau memiliki harimau peliharaan. Di mana Faiq pernah memuat naik video dia menutmeg harimau itu dalam aksi yang menunjukkan skil kawalan bolanya.

Sports AS melaporkan bahawa, Faiq pernah berbelanja USD35 juta / RM148 juta sebulan. Faiq memiliki lebih 230 kereta mewah di dalam koleksinya.

Boleh saja Faiq mengikuti beberapa sepupunya yang lain menikmati kehidupan diraja tanpa turun padang bola sepak

Namun ada perkara yang bagi Faiq tak boleh dibeli dengan wang, ini termasuk bola sepak yang beliau minat. Faiq tampil menjadi kapten pasukan Sukan SEA negaranya pada 2015.

Setakat ini, Faiq sudah mewakili negaranya sebanyak 5 kali dan menjaringkan 1 gol.

Putera raja turun ke padang, dan bergasak dengan pemain lain merupakan sesuatu yang unik bagi kita.

Ini kerana mereka boleh sahaja duduk di istana dan pergi berhibur ke sana sini dengan wang yang mereka ada, terutama sekali jika mereka adalah anak daripada waris Sultan Brunei.

Kesultanan Brunei merupakan antara kesultanan terkaya di dunia. Putera kepada adik Sultan Brunei iaitu Faiq Bolkiah ada kisah yang unik.

Jadi jika ada orang tanya, apa korang akan buat jika ada USD15 billion dalam bank?

Mesti ramai akan fikir, melancong tak ingat dunia dan berbelanja di mana sahaja.

Namun Faiq Jefri Bolkiah pula yang memiliki lebih banyak wang daripada di atas ini, telah memilih untuk merumput di padang bola sepak.

Menurut bekas rakan sepasukannya di Leicester, walaupun Faiq kaya raya, dia sangat tak suka membincangkan topik tentang kekayaan atau hartanya. Faiq kelihatan rimas dan cuba menukar topik lain.

Baca yang lain