Faiq Bolkiah Yang Lebih Kaya Daripada Kelabnya, Ini Sebab Kenapa Beliau Bermain Bola

Putera raja turun ke padang, dan bergasak dengan pemain lain merupakan sesuatu yang unik bagi kita.

Ini kerana mereka boleh sahaja duduk di istana dan pergi berhibur ke sana sini dengan wang yang mereka ada, terutama sekali jika mereka adalah anak daripada waris Sultan Brunei.

Kesultanan Brunei merupakan antara kesultanan terkaya di dunia. Putera kepada adik Sultan Brunei iaitu Faiq Bolkiah ada kisah yang unik.

Jadi jika ada orang tanya, apa korang akan buat jika ada USD20 billion dalam bank?

Mesti ramai akan fikir, melancong tak ingat dunia dan berbelanja di mana sahaja.

Namun Faiq Jefri Bolkiah pula yang memiliki lebih banyak wang daripada di atas ini, telah memilih untuk merumput di padang bola sepak.

Faiq Bolkiah diiktiraf sebagai pemain bola sepak profesional terkaya di dunia. Memiliki aset lebih banyak daripada Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Pemain sayap yang dinamik ini adalah salah satu pewaris takhta kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah yang bernilai £20 billion / RM83+ billion, walaupun gajinya jauh lagi kecil daripada Messi dan Ronaldo.

Faiq juga tidak memiliki hak imej / tajaan yang mega seperti mana dua nama tersebut.

Kelab beliau sekarang, Maritimo bernilai sekitar £14 juta, dan ianya hanya 0.7% daripada harta Faiq pada ketika ini.

Statusnya sebagai kerabat diraja Brunei yang kaya raya tidak menghalangnya untuk meneruskan karier dalam dunia bola sepak.

Dan kini beliau sah menjadi milik pasukan Portugal iaitu Maritimo.

Kaya raya kenapa nak main bola?

Bekas rakan sepasukannya di Leicester, Kian Williams pernah bertanyakan soalan yang sama kepada tuan badan.

Kian berkata: “Saya bertanya sendiri dekat dia. Dengan kekayaan keluarganya yang sangat kaya, kenapa dia masih mahu bermain bola sepak? Sukan yang lasak.”

“Dia jawab: ‘Kesemua adik beradik saya yang lain hanya duduk di rumah dan tak buat apa apa. Jadi, saya sebenarnya nak menyibukkan diri saya membuat sesuatu. Saya tak boleh meniru cara hidup mereka.”

Mentaliti Faiq itu memang luar biasa.

Kian juga menyatakan bahawa  Faiq merupakan anak bangsawan yang sangat merendah diri.

Kian berkata: “Beliau sangat sangat rendah diri. Beliau paling tak suka bercaka tentang kekayaan miliknya. Faiq malah hanya datang dengan kereta Mercedes biasa seperti pemain B-23 lain. Beliau seorang yang sangat baik, dan saya tak pernah lihat beliau membawa Rolls Royce emasnya ke pusat latihan.”

Faiq kini bermai untuk Maritimo di Portugal, dan beliau jauh lebih kaya daripada kelab tempat beliau bekerja.

Faiq Bolkiah, kisah billionaire remaja di padang bola

Faiq bukanlah putera kepada Sultan Hassanal Bolkiah, tetapi beliau adalah putera kepada Jefri Bolkiah, yang merupakan adinda kepada Sultan Hassanal Bolkiah.

Sebenarnya Faiq boleh je duduk kat istana tanpa perlu berpenat nak bermain bola. Namun beliau tetap mengejar impiannya bergasak dengan pemain lain di atas padang,

Setelah mendapat pengalaman dalam pasukan pemuda AFC Newbury, pemain Leicester City telah menandatangani kontrak satu tahun di akademi pasukan belia yang terkenal di England, Southampton, pada tahun 2009.

Tetapi itu bukan kontrak penuh. Faiq pernah menjalani percubaan di Arsenal pada tahun 2013, dan bermain untuk The Gunners di Lion City Cup pada tahun yang sama.

Faiq juga berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan menentang pasukan muda dari Singapura dalam kejohanan tersebut.

Beliau kemudian menerima tawaran untuk bergabung dengan Chelsea, yang memberinya kontrak dua tahun pada tahun 2014.

Namun, dia meninggalkan Stamford Bridge pada bulan Disember 2015 dan menandatangani kontrak tiga tahun dengan Leicester.

Bergabung dengan kelab besar di England, menjadikannya dipercayai sebagai kapten pasukan kebangsaan Brunei Darussalam, walaupun tidak pernah bermain dalam pertandingan profesional di England.

Faiq malah menjadi pemain harapan dalam pasukan kebangsaan Brunei, dan menjadi kapten pasukan di Piala Solidariti Dunia untuk Tsunami Aceh pada tahun 2017.

Faiq telah menjadi kerabat diraja Brunei yang turun menjadi kapten pasukan kebangsaan negaranya dan bermain di atas padang yang pelbagai kondisi. Dibentes, diterjah dan juga diherdik di atas padang.

Faiq tampil menjadi kapten pasukan Sukan SEA negaranya pada 2015.

Kepimpinan yang ada padanya, usah dipertikaikan. Dari kecil lagi beliau bercampur gaul dengan keluarga diraja Brunei.

Faiq pada usianya yang sangat muda sudah memiliki beberapa kaps untuk negaranya dan juga menjaringkan 1 gol di peringkat antarabangsa.

Baca yang lain