Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan.
Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah asid oleh dua orang lelaki. Insiden ngeri itu dilaporkan berlaku di sebuah pasaraya terkemuka di ibu negara.
Kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas Akhyar Rashid disamun dan dicederakan sebelum ini.
Insiden melibatkan Faisal Halim ini benar benar mengejutkan. Pemain itu hampir mengalami kecederaan lebih parah.
π²πΎ Malaysia is shocked by the incident of star player Selangor FC,Faisal Halim suffered injuries to his face and body that were believed to be the result of being thrown acid by a stranger.
Terengganu FC (TFC) winger Akhyar Rashid's head injury allegedly being beaten and robbed pic.twitter.com/Uss8j14Uat
β ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) May 5, 2024
Zack Rahim menulis: *Musibah yang melanda Akhyar sememangnya kerja nak menyamun. Tapi yang berlaku keatas Faisal Halim sebentar tadi saya lihat disengajakan.
βKenapa bawa asid ke sebuah mall yang besar dan ramai orang dan disimbah keatas seorang selebriti sukan yang dikenali ramai. Ia perbuatan khianat yang disengajakan dan dirancang. Pasti polis akan ambil tindakan segera dan memburu pelaku.
βππππππ: Polis dah lihat CCTV, didapati dua orang menaiki motor gunakan plate palsu dan motor dipercayai dicuri.β
Ramai peminat mendoakan kesembuhan Faisal Halim. Dan berharap pesalah akan ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Faisal Halim dan Akhyar Rashid merupakan pemain yang beraksi untuk Harimau Malaya. Faisal sedang berada dalam prestasi terbaiknya dalam beberapa tahun ini.
Sementara itu Akhyar Rashid sentiasa menjadi pemain yang mampu memberikan impak dari bangku simpanan.